Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Senin, 19 Desember 2011

Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh..

Salam semua saudara², saudari²...

Putra memohon maaf yg tidak terhingga kerana masih belum sempat hendak pahatkan apa yg di minta dan pahatan yg terbaru kerana masa yg terlalu suntuk kerana terlalu mengejar dunia....

sepatutnya putra ikat pertunangan putra selama setahun je..dah dekat 26 Dec nie tarikh genap setahun..putra still tak mampu melangsungkan lagi..tolong doakan putra sentiasa tabah..kerana dalam masa putra tak memahat nie putra terlalu lemah sangat sampaikan solat pun terabai...

tolong la bantu putra dengan doa sahabat², saudara² moga di beri kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi dugaanNYA...

Ya RAHMAN, YA RAHIM........

Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Senin, 19 September 2011

Terima Kasih & Mohon Maaf

Assalamualaikum semua Saudara² & Saudari² putra..a.k.a my cousin....

Terima kasih kerana sudi singgah di serambi usang putra dan terima kasih juga kerana memberi semangat utk putra meneruskan perjuangan ini....

Mohon maaf kepada seorang sahabat (tiong Emas) yg meminta putra pahatkan doa untuk tahlil arwah dalam rumi kerana masih belum sempat hendak pahatkan....dan mohon maaf juga kepada semua yang masih menantikan pahatan yg terbaru...ada masa nanti putra akan pahatkan...

(coretan hati)
Sedih tak sempat nak pahatkan apa²...sedih dah berminggu t'tinggal kelas iqra...sedih tak sempat mengadap sifu putra yang baru sahaja membuka kelas tertutup keilmuan tenaga dalam...sedih..dan sedih..and sedih..with sedih...ishh..berapa banyak sedih da....redha je la putra...itu ketentuanNYA...but u kena usaha tau...coz kita merancang dan DIA tentukan...tp qada n qadar dah ada...tp DIA cukup dengan KUN FAYAKUN..tapi..tapi...tapi..hehhe..banyak la ko punya tapi putra...ko dah penin ko nk penin kan orang lain pulak..ehhehe..

Akhir kata dari putra..

Ampunkanlah segala salah dan silap putra dan doakan kita semua a.k.a umat islam berjaya dunia dan akhirat...


Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

P/s: Cousin² yg ada blog, putra ada follow blog anda..tetapi putra mohon maaf kerana tidak sempat bertandang...pada cousin² yg putra tak follow blog anda..tolong maklumkan pada email..kemungkinan putra terlepas pandang..

Senin, 22 Agustus 2011

ISYARAT TELINGA SEBELAH KANAN BERDESING / BERDENGUNG


1. Antara jam 0600am-0700am.
    Bermakna akan mendapat khabar buruk.

2. Antara jam 0700am-0800am.
    Bermakna akan di fitnah dan di umpat oleh seseorang.

3. Antara jam 0800am-0900am.
    Bermakna akan berencana pergi jauh dan entah bersendirian atau bersama orang lain.

4. Antara jam 0900am-1000am.
    Bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.

5. Antara jam 1000am-1100am.
    Bermakna akan ada penghalang dari rancangan perjalanan anda, sebaiknya ditunda atau batalkan dahulu.

6. Antara jam 1100am-1200pm.
    Bermakna akan ada khabar yang kurang baik yang akan datangnya bersamaan dengan surat yang akan di terima dalam waktu terdekat.

7. Antara jam 1200pm-1300pm.
    Bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita dan kenangan lama.

8. Antara jam 1300pm-1400pm.
    Bermakna akan ada undangan makan atau jemputan kenduri dan lain-lain majlis.

9. Antara jam 1400pm-1500pm.
    Bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu terdekat.

10. Antara jam 1500pm-1600pm.
      Bermakna akan ada berita dari keluarga yang belum tahu menyenangkan atau menyedihkan.

11. Antara jam 1600pm-1700pm.
      Bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu terdekat.

12. Antara jam 1700pm-1800pm.
      Bermakna anda sedang menjadi perbicaraan kepada banyak orang.

13. Antara jam 1800pm-1900pm.
      Bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.

14. Antara jam 1900pm-2000pm.
      Bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.

15. Antara jam 2000pm-2100pm.
      Bermakna akan ada keuntungan yang besar untuk anda.

16. Antara jam 2100pm-2200pm.
      Bermakna akan ada yang mengancam anda.

17. Antara jam 2200pm-2300pm.
      Bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.

18. Antara jam 2300pm-0000am.
      Bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta kepada anda.

19. Antara jam 0000am-0100am.
      Bermakna akan ada sesuatu wejangan yang akan di berikan oleh orang tua.

20. Antara jam 0100am-0200am.
      Bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.

21. Antara jam 0200am-0300am.
      Bermakna segala perjalanan yang anda kerjakan akan selamat sampai tujuan.

22. Antara jam 0300am-0400am.
      Bermakna akan ada sesuatu yang berharga akan hilang.

23. Antara jam 04.00am-0500am.
      Bermakna akan ada sesuatu yang merugikan, jika anda seorang pekerja anda akan di beri peringatan dari majikan.

24. Antara jam 0500am-0600am.
      Bermakna akan ada gangguan dari orang, mungkin akan menyusahkan anda.

Isyarat telinga sebelah kiri nanti putra akan pahatkan juga jika ada kelapangan..
Mudah²an berguna kepada yang mencarinya...

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

ISYARAT TELINGA BERDESING / BERDENGUNG

Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda
"Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR"
(Rujuk Al-Azakar: 133)

Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH s.w.t mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."

Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH s.w.t, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

Kamis, 18 Agustus 2011

Isyarat Dan Gerakkan Pada Anggota Tubuh Badan (Qudra & Iradah)

 Menurut pengalaman dan pengecaman org tua²..apabila berlaku pergerakkan (berdenyut²) pada anggota tubuh badan kita, ia mempunyai isyarat dan alamat tertentu, bahawa sesuatu perkara akan berlaku pada diri kita dan pihak² yang berkait dengan kita, hal itu di amati begitu lama oleh orang tua² dahulu, sehingga sesetengahnya menjadikan sebagai panduan.

Walau bagaimana pun, semua tergantung pada ketentuan ALLAH s.w.t, namun kadang² untuk orang² tertentu, ALLAH s.w.t terlebih dahulu memberi isyarat bahawa akan berlaku sesuatu, cuma kadang² kita tidak dapat memahaminya atau ALLAH s.w.t sengaja menyukarkan kita untuk memahaminya takut² kita yang lemah iman ini akan mendahului takdir.

Orang yg berakhlak dengan ALLAH s.w.t apabila ia mendapat isyarat² tertentu daripada ALLAH s.w.t, ia akan merahsiakannya kerana di takuti mendahului takdir atau untuk mengelak akan rosak hatinya atau hati orang yang lemah iman terhadapnya.

Bagi kita orang beriman, apa yang penting ialah pergantungan dan keyakinan kepada ALLAH s.w.t, bahawa setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya tertakluk kepada penentuan (takdir) daripada ALLAH s.w.t yang maha berkuasa (Qudrat) dan maha menghendaki (Iradah) dalam hal ini ilmu tentang persoalan aqidah dan tauhid amat penting sebagai panduan bagi mengelak dari tersesat dalam rimba syirik.Kerana punca syirik atau sesat aqidah seseorang itu bukan tergantung kepada perkara atau benda yang menjadi subjek tetapi lebih khusus kepada sejauh mana penguasaanya terhadap ilmu tauhid yang menjadi pemandu pertama bagi menilai dan memahami sesuatu perkara keadaan hal ehwal yang telah atau akan berlaku.

Bagi yang dadanya telah lengkap dengan ilmu berkaitan dengan selok belok ilmu tauhid ia akan terselamat dari anggapan sesuatu yang tidak munasabah terhadap ALLAH s.w.t, bahkan setiap apa yang dihadapai, dialami,dilihat dan sebagainya, semuanya tidak terlepas dari penggantungan kepada ALLAH s.w.t. Ia tidak mudah mensyirikkan ALLAH s.w.t, hatta jika ia memakai tangkal azimat pun ia pasti kaitkan kesan dan akibatnya kepada kuasa dan ketentuan ALLAH s.w.t, seperti mana kisah panglima Khalid Ibnu Walid yang menjadikan rambut NABI MUHAMMAD s.a.w, sebagai sumber semangat juangnya dalam peperangan.

Setiap apa yang terjadi akan terjadi dan yang telah terjadi kita hendaklah meletakkan keyakinan seperti mana yang ALLAH s.w.t sendiri telah jelaskan di dalam AL-QURAN surah 39, AL-ZUMAR 62-63: "ALLAH s.w.t akan menyelamatkan orang yang bertakwa (yg menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dan (diberikan) kepada mereka kemenangan besar (keredaan ALLAH s.w.t) mereka tidak akan di sentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita. ALLAH-lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan DIA lah yang mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. DIA sahajalah yang menguasai urusan (mentadbir) dan (memiliki) perbendaharaan langit dan bumi.

Tegas ALLAH s.w.t lagi dalam surah 37 AL-SAFFAT: 96 "......ALLAH s.w.t yang menciptakan kamu dan benda-benda (sesuatu) yang kamu buat (cipta) itu....

Firman ALLAH s.w.t seterusnya: " Dan tuhanmu menciptakan apa yang di rancangkan berlakunya (sesuatu hal atau sesuatu perkara) dan DIA-lah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-NYA untuk sesuatu tugas atau keutamaan da kemuliaan) tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain dari pilihan ALLAH s.w.t) maha suci ALLAH s.w.t dan maha tinggilah keadaaNYA apa yang mereka sekutukan denganNYA.Dan tuhanmu mengetahui apa yang terpendam (sembunyi) di dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan (surah 28, AL-QASAS: 68-69)



Firman ALLAH s.w.t seterusnya, tuhanmu tentukan apa yang dirancangkan berlakunya....(AL-QASAS 68)
jika ALLAH s.w.t kehendaki untuk mengenakan sesuatu yang membahayakan engkau, tiada siapa yang dapat menghapuskan (menghalanya) melainkan DIA, dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikkan maka tiada siapa yang dapat menghalangi limpah kurniaNYA. ALLAH-lah yang melimpahkan kurniaanNYA itu kepada sesiapa yg di kehendakiNYA dari kalangan hamba-hambaNYA dan DIA lah yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Katakanlah (wahai MUHAMMAD) " Wahai sekalian manusia telah datang kepada kamu kebenaran (AL-QURAN) dari tuhan kamu, oleh itu sesiapa yang mendapat petunjuk, (beriman kepada AL-QURAN) maka faedah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkari AL-QURAN), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku (NABI MUHAMMAD s.a.w) pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau kekufuran) kamu" (YUNUS 107-108)

Namun begitu, mengikut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, walaupun segala sesuatu itu di tentukan dan di tetapkan oleh ALLAH s.w.t , tetapi dalam perlaksanaannya ALLAH s.w.t telah menetapkan penglibatan usaha dan ikhtiar manusia atau makhluk lain berkaitan denganya. Penetapan itu di sebut sebagai "Sunnatullah".

Contohnya, ALLAH s.w.t telah menentukan jodoh, tetapi manusia kena berusaha mencari dan merancangnya melalui peraturan dan ketetapan (hukum hakam perkahwinan) yang ALLAH s.w.t telah aturkan.Demikian dengan rezeki, kena usaha untuk mendapatkannya melalui usaha dan berkerja.

Kadang-kadang kita telah berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu tetapi tidak memperolehinya.Sebabnya perkara yang kita niat dan inginkan itu tidak ada di dalam ketentuan ALLAH s.w.t atau apa yang kita inginkan atau rancangkan tidak sama dengan apa yang telah ALLAH s.w.t tentukan dan rancangkan untuk kita. Sebab itu lain yang kita niat dan usahakan. Lain pula yang terjadi dan lain pula yang kita dapat. Contohnya kita berhajat dan berdoa untuk memperolehi anak perempuan tetapi bila isteri kita mengandung dan lahirkan anak lelaki. Kerana di dalam penentuan jantina anak ialah terletak pada ALLAH s.w.t bukan pada kita.

Firman ALLAH s.w.t: "ALLAH s.w.t mengetahui apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu (sama ada lelaki atau perempuan) dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah di tetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu. DIA lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, DIA lah jua yang maha besar dan maha tinggi (yg mengatasi segala-galanya) sama sahaja bagiNYA siapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati atau yang menyatakan (menzahirkan) juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang (Surah 13, AL-RA'DU: 8-10)

Demikianlah secara ringkas, apa yang wajib kita ketahui tentang kehendak (Qudra & Iradah) ALLAH s.w.t ke atas setiap makhluk yang ada di atas muka bumi ini, khususnya ke atas kita selaku khalifah ALLAH s.w.t yang ALLAH s.w.t berikan akal untuk merenung, menimbang, merancang, membina dan mentadbir urusan kehidupan kita dan segala yang di amanahkan kepada kita oleh ALLAH s.w.t

Semoga dengan panjang lebar putra taip nie dapat memberikan sedikit pencerahan pada pelawat serambi usang ini...dan jika ada kesempatan putra akan postkan alamat atau isyarat telinga berdesing (spt angin melintas)

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Kamis, 04 Agustus 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum....saudara/saudari
(kata seorg sahabat, kalau masuk alam ghaib kena bg salam penuh ~Assalamualaikum w.b.r.t~)

Di sini putra ingin mengucapkan moga sampai ke landasan aidilfitri dengan selamat dan ucapan terima kasih kerana sudi bertandang ke serambi usang putra...seperti yg putra katakan, yang mencari ilmu akhirat lebih banyak dari mencari ilmu kebatinan..dalam busy² pun putra akan cuba postkan apa² ilmu yang putra tahu..
pada yg ingin berkongsi apa² amalan boleh melalui email putra, sama ada bersua muka atau pun email sahaja..

akhir kata dari putra.....doakan putra berjaya dalam segala urusan yang sedang di jalankan....

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Gambar solat (lain mazhab lain cara)

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.









Takbir buka jari sedikit supaya tidak serupa dengan penyembah berhala yg mengepit tuhan mereka di celah² jari..hehe..(dlm persilatan xslh putra, mereka kata berdiri tegaknya ALIF )







Rukuk seperti gambar di atas, lurus huruf  " L " terbalik atau number 7  (dlm persilatan xslh putra, mereka kata lepasnya angin lalu)








Sujud sama seperti di atas...cium bumi...(kelebihan umat NABI MUHAMMAD s.a.w boleh sujud di mana² sahaja, xperlu cari² patung atau berhala)







Tahiyat Awal seperti gambar di atas, tegakkan kaki kanan (anak jari kaki kanan mengadap kiblat)









Tahiyat Akhir seperti di atas, duduk di atas kaki kiri (anak jari kaki kanan mengadap kiblat)

*sifu putra cakap time sujud akhir dan duduk dalam tahiyat akhir paling mujarab hendak memohon padaNYA..

lebih kurang la cara² solat...kepada saudara atau saudari yg bertanya keliru dengan sujud dan rukuk, tips putra....
sujud : cium bumi
rukuk: membongkok


jika kita beragama islam, bermakna taraf kita sama sahaja, sujud di bumi yang sama..sama ada anda DATO', MENTERI, GURU² atau apa jawatan sekali pun kita mempunyai TUHAN yg sama...bayangkan la kalau solat berjemaah...yang lain semua sujud...yg berpangkat ni berdiri tegak pulak..tak ke pelik je...ehhehe...mohon maaf pada yang terasa..but this is reality...hehehe

mudah²an berguna untuk yang mencari...
Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Minggu, 31 Juli 2011

Surah An-Naas (dalam rumi)







BISSMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL A-'UUZU BIRABBINN-NAAS.
MALIKINN-NAAS.
ILAA-HINN-NAAS.
MIN SYAR-RIL WASWAASIL KHANNAS.
ALLA-ZII YUWAS-WISU FII SUDUURIN NAAS.
MINAL JINN-NATI WANN-NAAS.


Link surah (dewasa)

http://www.youtube.com/watch?v=OB7WZfDUwk0

Surah Al-Falaq (dalam rumi)


update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.









BISMILLAAHIR RAHMAANIIR RAHIIM,

QUL A-'UUZU BIRABBIL FALAQ.
MIN SYAR-RIMAA KHALAQ.
WAMINN SYAR-RI GHAA-SIQIN IZAA WAQAB.
WAMINN SYAR-RINN NAFFAA-TSAATI FIL 'UQAD.
WAMINN SYAR-RIHAA SIDIN IZAA HASAD.

Link surah (budak kecik)

CLICK LINK INI


Link surah (dewasa)

CLICK LINK INI

Surah Al-Ikhlas (dalam rumi)







BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

QUL HUWALLAAHU AHAD,
ALLAAHUS SAMAD,
LAM-YALID WALAM YUULAD,
WALAM YAQUL-LAHUU KU-FUWAN AHAD

Link surah (budak kecik)
   
CLICK LINK INI


Link surah (dewasa)

CLICK LINK INI

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM,

Di sini putra ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga puasa tahun ini lebih baik dari yg lepas....

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t..

Sedikit nasihat dari pihak penaja serambi usang ini.....

Jumat, 15 Juli 2011

Al-KISAH......maka tersebut lah kisah...

Assalamualaikum saudara & saudari yg melawat serambi usang ini....

Di sini putra ingin berkongsi sedikit info yg putra tahu mengenai msg salam dan lafas inshallah atau insyallah..
Putra mengetahui melalui ceramah dan rujukan putra..

MESEJ SALAM

Msg salam atau juga di panggil ucapan selamat (bahasa arab-assalamualaikum: selamat sejahtera ke atas kamu)
dulu sebelum putra bodoh, putra selalu msg mulakan dengan akum,a'skum,akom dll lagi la...konon² stylo la macam tu..ehhehe...last² putra terdengar ceramah mengatakan jika tulis macam tu selain dr "SALAM" atau ASSALAMUALAIKUM bersamaan dengan panggilan binatang...bukan ucapan selamat...adush..tersetap putra dengar..penceramah itu mengatakan jika malas nak taip assalamualaikum, memadai dengan hanya taip "SALAM" bersamaan dengan selamat sejahtera....begitu juga jika org lain msg kita, memadai balas dgn "SALAM" juga..
kepada sesiapa yg membaca artikel ini..sila perhatikan sahabat² anda di sekeliling yg memanggil anda binatang..ehehhe..jgn mara...mereka tidak tahu....cara putra yg jahat nie kadang² sahabat² msg menggunakan akum atau yg lain²..putra ikut mood..satu cara, putra cuba terangkan, cnth: woiii...awk panggil putra binatang kenapa? mesti sahabat tertanya²..bila masa pulak...ehheh..pastu terangkan la...lagi satu cara, putra balas msg tanpa menjawab salam.....kalau yg perasan putra kan terangkan la...pada yg tidak perasan, bermaksud tiada isi la salam sahabat tu...hehhe...jangan marah ya saudara & saudari....


LAFAS INSYALLAH

Putra dengar ceramah yg mengatakan  lafas ini berat dan org² yg berilmu bukan mudah hendak melafaskan "INSYALLAH" kerana jika lafaskan itu sudah di kira janji dan perlu ditepati, alasan yg kukuh sahaja boleh melepaskan janji anda itu, cnth: ada kematian atau bersangkut paut dengan kehidupan....apabila anda lafas "INSYALLAH" sudah pasti benda yang baik kan?? adakah DIA tidak akan membenarkan hambaNYA melakukan kebaikkan?? anda fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah sendiri..hehehe...
yg putra kena dgn sifu putra dulu.....macam nie ceritanya..

Sifu : kamu semua datang hari minggu ini kemas tapak yer?
Anak murid : "INSYALLAH"
Sifu : "INSYALLAH" !!! bermakna semua hadir la kan?
Anak murid : (semua terkedu atau terpinga², sudah pasti hanya melafas sahaja)
Sifu : ye la..tak kan DIA tidak benarkan kamu semua buat baik...benda baik pasti DIA benarkan....kecuali la kamu yg meninggal atau ada sanak saudara yg meninggal...jika alasan hanya penat sebab kerja dari semalam itu tidak boleh digunakan sebagai alasan.....jadi lafaskanlah "MUDAH-MUDAHAN"......
Anak murid : (dengan senyum tersipu² menjawab) "MUDAH-MUDAHAN"....ehhehe...lantas kami pun beredar....

Waallahualam............


Mudah²an dengan sedikit pencerahan ini dapat anda pergunakan dengan baik...
Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Selasa, 05 Juli 2011

Penyucian 7 anggota.

Di mulakan selepas mandi hadas besar atau mandi wajib (sucikan diri dahulu), lafaz semua di dalam hati.
Penyucian 7 anggota :

1. Mulut.
2. Hidung.
3. Mata.
4. Telinga.
5. Pusat. (maqam qalbu)
6. Kemaluan kecil.
7. Kemaluan besar (dubur)

a. Ambil air di tapak tangan
b. Bismillahirrohmanirrahiim..
c. Mengucap (shahadah)
d. Doa Nabi Yunus.

e. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh mulut ku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar. (kumur² 3x)

f. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh hidungku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar. (masukkan di hidung 3x)

g. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh mataku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar. (sapukan di mata 3x)

h. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh telingaku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar. (masukkan di telinga 3x)

i. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh pusatku (qalbu) sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar. (masukkan di pusat 3x)

j. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh kemaluanku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar.(ratakan di kemaluan 3x)

k. Baca astaufirullah al-adzim, Ya ALLAH s.w.t ampunilah segala dosa yang telah di lakukan oleh kemaluanku sama ada yang aku sedar atau pun yang aku tidak sedar.(ratakan di dubur 3x)

Akhir kemutkan dubur, tarik nafas sepanjang mungkin dan pendatkan di dada (fungsi kunci segala anggota)

Sedikit pencerahan mengenai kesalahan 7 anggota:

1. Mulut : Melepaskan kata² kesat.
2. Hidung : Menarik nafas yang tidak sihat.
3. Mata : Memandang yang bukan haq kita.
4. Telinga : Mendengar yang tidak elok.
5. Pusat : Berniat yang tidak baik.
6. Kemaluan kecil : Mengikut nafsu.
7. Kemaluan besar : Membuang salah tempat.

Wallahualam.....

Mudah²an dapat sedikit pencerahan pada sesiapa yang mencarinya...
Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t

Doa Surah Yasin (rumi)

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

ALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIN. HAMDAY YUWAAFII NI-'A-MAHUU WAYUKAAFII-'U MAZIIDAH, YAA RABBANAA LAKAL HAMDU KAMAA YAMBAGHII LIJALAALI WAJHIKA WA 'A-ZHIIMI SULTAANIK. ALLAAHUMMA SALLI WASALLIM 'A-LAA SAY-YIDINAA MUHAMMADIN WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII AJMA-'IIN.

ALLAHUMMA BIHAQQI YAASIIN. WALQUR AA-NIL HAKIIM. WABIMANIKH TARTAHUU BIR-RI-SAALATI WAN-NUBUWWATI WALWILAAYATI WAL HIDAAYATI ILAA SIRAATAKAL MUSTAQIIM. WABIJAMII-'I MAAJAA A-BIHII MINNKA JIBRIILU TANZIILAL AZIIZIR RAHIIM. WABI KHAWAAS-SIL HURUUFI WAL ASMAA-IT TAAMMAATI WABIMAA AZH-HARTA FIL-WUJUUDI LIKULLI MAUJUUDIN MINAL AA-YAATIL BAY-YINAAT. WABI KHAFIY-YI LUTFIKAL MUFARRIJI 'ANN-KULLI MAHMUUM. AL-MUKHAL-LISI LIKULLI MADYUUN. YAA MUJRIYAL BIHAARI WAL-'UYUUN. YAA MAN KHAZAA I-NUHUU BAINAL KAA-FI WAN-NUUN. WA 'A-LIMA BIMAA KAANA QABLA AY-YAKUUN. WANAS A-LUKAL-LAA-HUMMA ANTASLUKA BINAA JAA-DATAN RI-DHAAKA WA-AN TAJ-'ALANAA AH-LAW WAMAHAL-LAL LISA-'AA-DATIKA WA-GHI-NAAK. WA AN TUYASSIRU LANAA JAMII-'AL MURAADAATI WAL MATAALIB. WA-AN TAJ-'ALA KULLAM MINNAA BAINA 'IBAA-DIKA FII KULLI HAALI NIZH-ZHAAFIRIL GHAALIB. WA-ALLA TUHWIJA AHADAM MINNA ILAA AHADIM MIN KHALQIKA FII AMRI RIZQIH, WA-AN TAR-BITA 'ALAA ALSINTIL MUTAFAW-WIHIINA BILMAKRUUHI FI HAQQIH. WA-AN TAQTARINA HARAKAATINAA BITAUFIIQ. WA-AN TAJ-'A-LA RI-DHAAKA 'AN-NAA KHAIRA MUSAAHIBIL LANAA WARAFIIQ. WA-AN TUTHIFANAA BAL-JALAALATI WALMAHAABAH. WA-AN TAMUNNA 'ALAYNAA BISUR-'ATIL IJAABAH.

ISTAJIBIL LAAHUMMA DU-'AA ANAA WAHAQQIQ FIIKA RAJAA ANAA, WA-AD KHILNAA FII HIRZI LUTFIKAL MASUUNI BISIRRI QAULIKA IN-NAMAA AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUN FAYAKUUN. FASUBHAANAL LA-ZII BIYADIHII MALAKUUTU KULLI SYA-IN WA-ILAY-HI TURJA-'UUN.

SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAHMUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAGH-MUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MADYUUN.SUBHAANA MAN AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHU KUN FAYAKUUN.

YA MUFARRIJAL HUMUUM.YAA MUFARRIJU FARRIJ.YAA MUFARRIJU FARRIJ.FARRIJ 'AN-NAA HUMUU-MANAA.YAA HAY-YU YAAQAY-YUUM.YAAZAL-JALAALI WAL-IKRAAM.WASALI WASALLIMU 'ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMAD.WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII WASALLAM. WALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIIN.

Dengan nama ALLAH s.w.t, Yang maha pemurah, Lagi maha mengasihani.

Segala puji bagi ALLAH s.w.t, Tuhan pentadbir seluruh alam, Pujian yang melengkapi segala nikmat-NYA dan membelas limpah kurnia-NYA. Wahai Tuhan kami, Bagi-MU segala kepujian seperti yang selayaknya dengan kebesaran zat-MU dan keagungan-MU. Ya ALLAH s.w.t cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w beserta ahli-ahli rumahnya dan sekalian sahabatnya.

Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, Dengan berkat kebenaran Yaasiin dan kebenaran kitan AL-QURAN AL-HAKIM dan dengan kebenaran oarang-orang yang ENGKAU pilih dengan pangkat kenabiannya,kerasulannya,pemerintahannya dan petunjuk kepada jalan yang betul dan dengan berkat kebenaran semua wahyu yang diturunkan melalui malaikat jibril dan dengan berkat rahmat tiap-tiap huruf dan nama-nama yang sempurna dan dengan berkat segala sesuatu yang ENGKAU lahirkan bagi tiap-tiap yang ada daripada segala keterangan yang nyata dan kesucian sifat lemah-lembut-MU yang melepaskan tiap-tiap kerunsingan dan tiap-tiap yang berhutang. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang mengalirkan air-air di laut dan air-air yang berada di celah-celah bumi. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang seluruh perbendaharaan-NYA hanya di antara kaf dan nuun (daripada perkataan "KUN" yang ertinya jadilah maka yang dikehendaki-NYA pun jadi) tuhan yang sedia mengetahui segala yang telah berlaku dan yang akan berlaku.

Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, kami mohon kepada-MU semoga ENGKAU arahkan kami kepada jalan keredhaan-MU menjadikan kami sebagai warga kebahagiaan dan kekayaan-MU, dan kami mohon semoga ENGKAU mudahkan kami mencapai segala hajat dan maksud dan supaya ENGKAU jadikan keredhaan-MU itu kepada kami sebaik-baik teman yang menemani kami mencapai kebesaran dan kehebatan dan mengurniakan kami nikmat, segeralah doa kami di perkenankan.

Di perkenankan Ya ALLAH s.w.t permohonan kami ini, berikan kepastian akan berjayanya pengharapan kami, masukkan kami dalam pemeliharaan sifat lemah-lembut-MU demi berkat rahsia firman-MU (yang ertinya:) "Bahawa sesungguhnya urusan ALLAH s.w.t apabila DIA berkehendakkan sesuatu bahawa berfirman DIA baginya, 'JADILAH' maka sesuatu itupun jadilah ia," maka maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatu dan kepada-NYA segala-gala itu dikembalikan.

Maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan kenestapaan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan beban orang-orang yang berhutang, maha suci ALLAH s.w.t, yang apabila DIA berkehendak sesuatu bahawa berfirman "JADILAH" maka sesuatu yang di kehendaki itupun jadilah ia.

Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kesusahan. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan, apa kiranya kami semua ini daripada segala penderitaan, Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang hidup, tuhan yang berkuasa penuh, tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.Barang dicucuri ALLAH s.w.t akan rahmat dan sejahtera jua atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi ALLAH s.w.t, tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin....
Amin....
Amin....
Ya ALLAH s.w.t

Al-KISAH......maka tersebut lah kisah...

Assalamualaikum,

Di sini putra ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak sempat post ilmu² yg baru kerana putra busy setup mini printing company..pada seorang sahabat yg meminta doa selepas bacaan yasin...mudah²an hari ini sempat putra postkan beserta ilmu terbaru yg putra dapat pada seorang sifu pada malam bacaan yasin baru² ini..
Ilmu penyucian 7 anggota..putra tidak berapa ingat lagi..tetapi putra akan cuba kongsikan..mudah²an pada siapa yg sudah tahu boleh mendapat lagi pencerahan....

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t..

Rabu, 22 Juni 2011

Menjual Alat2 Ganti Motosikal/Kereta Original/Rekon/OEM dan Lain²

Menjual Pelbagai Peralatan Ganti Motosikal/Kereta Pelbagai Jenama Dgn Harga Yg Lebih Murah dan yg Paling PENTING BERMUTU.

Call/sms untuk order/pertanyaan = 0126524554 - saudara fikri 
 
scodeng la blog nie....
http://fikorisparepart.blogspot.com/

Jumat, 10 Juni 2011

Ayat Seribu Dinar (rumi)

                             Ayat 1000 Dinar 

WAMAN YATTA QILLAHA YAJ'AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL 'ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA'ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Link you tube Ayat 1000 Dinar
http://www.youtube.com/watch?v=2qia-9ATHLY&feature=related

Sabtu, 04 Juni 2011

Berita Hangat Dan Panas..

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan pelawat serambi usang nie...gi terjah blog nie..( http://nubuwwah.blogspot.com/ )
macam² ada...saudara nie memang perawat..sebab saudara nie la ramai pengunjung di serambi usang putra nie..sumber blog saudara nie jatuh tempat ketiga terbanyak menyumbangkan pelawat....pakat trejah reramai..banyak ilmu dan info di sana.....chaiyok.....

Al-KISAH......maka tersebut lah kisah...

Assalamualaikum,
Kepada pelawat serambi usang ini..putra ingin kongsikan sedikit yang putra tahu bab surah yasin nie..
Kepada yang tidak tahu membaca rumi ini putra sarankan baca sambil dengar bacaan dari radio or mana² la...or boleh juga dengar pada link you tube ini
http://www.youtube.com/watch?v=MrD8gO43F0c&NR=1 )

Apa yang putra tahu seperti yang putra pernah post..Ayat 9 sebagai perlimun atau elak dari orang yang bengis, terpulang bagaimana anda gunakan....Ayat 58 pula boleh di gunakan ketika tubuh badan sakit..
cara : pegang tempat yang sakit, baca bismillah, shahadah, selawat, doa Nabi Yunus dan Ayat 58 7x...bab ayat 82 tu pulak banyak sangat kelebihannya...ayat 18 pula ada yang menamakan juruz petir, bermula dengan LANAR JUMANNAKUM WALAYAMAS SANNAKUM MINNAA 'AZAABUN ALIIM...dan yang di warnakan warna hijau di panggil juga yasin 7 mubin...berbagai versi ada...sebelum putra post nie putra call sifu putra di indonesia sifu cakap..ngapa mau yang berat²...selawat dan pelbagai lagi yang mudah²..hehee...tapi putra nak share jugak la...sebagai ilmu je...


Cara untuk membaca Yaasin 7 Mubin darul syifa adalah seperti berikut:

1. Bacaan kali pertama hendaklah dibaca mulai Ayat 1-12.

2. Kemudian baca lagi bagi kali kedua surah Yaasin dari Ayat 1-17.

3. Kemudian baca lagi bagi kali ketiga surah Yaasin dari Ayat 1-24.

4. Kemudian baca lagi bagi kali keempat surah Yaasin dari Ayat 1-47.

5. Kemudian baca lagi bagi kali kelima surah Yaasin dari Ayat 1-60.

6. Kemudian baca lagi bagi kali keenam surah Yaasin dari Ayat 1-69.

7. Kemudian baca lagi surah Yaasin bagi kali terakhir dari Ayat 1-83 (awal hingga akhir).

Setelah anda membaca kesemua 7 Mubin, anda dikehendaki membaca Doa Yaasin.
Insya' Allah, apabila anda lakukan seperti yang diterangkan di atas, Allah akan memelihara diri anda dari gangguan manusia, jin dan syaitan. Bagi mereka yang di dalam keadaan tenat, Allah akan mententeramkannya
Amat mustajab...dan untuk rawatan memang amat digalakan...bacakan pada air...Esoknya bacakan lagi pada air...( kalau boleh air yang sama..walaupun air tersebut dibuat minum atau mandi pada bacaan Yasin 7 mubin yang pertama )..maksudnya boleh diguna pada air yang sama...

 Mudah²an bermanfaat la pada pelawat serambi usang ini...
Amin..Amin..Amin..Ya ALLAH s.w.t...

Surah Yasin (dalam rumi)


update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.




AL FAATIHATA WA YAA SIIN ILAA ARWAAHI WAALIDIINAA WA WAALIDIIKUM. WA ILAA ARWAAHIL MUSLIMIINAWAL MUSLIMAATI KAAF-FATAN ‘AAMMAH.

KHUSUUSAN ILAA RUUHIL MARHUM………
WA USUULIHI WA FURUU-‘IHII WAMAI YANTASIBU ILAIHI AJMA-‘IIN.

(Jika perempuan)
KHUSUUSAN ILA RUUHIL MARHUUMAH………..

WA USUULIHAA WAFURUU-‘IHAA WAMAI YANTASIBU ILAIHAA AJMA-‘IIN
WA ILAA HADH-RATIN NABIYIL MUSTAFAA RASUULILLAHI SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM WA AALIHII WA-ASHAABIHIL-KIRAAMI
AL-FATIHAH

Maksudnya : Dibacakan AL-FATIHAH dan YAASIIN kepada arwah kedua ibu bapa kita dan ibu bapa kamu. Dan kepada semua arwah orang² islam lelaki dan perempuan.

Khususnya kepada arwah al-marhum…………
Atau al-marhumah…………,dan kepada anak cucunya, turun temurunnya dan mereka yang berkaitan kepadanya sekalian.

Dan seterusnya kepada junjungan mulia kita NABI MUHAMMAD s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang mulia….

AL-FATIHAH….


Update 11/05/2020  11pm australia, Saya baru siapkan Surah Yasin rumi beserta audio bagi memudahkan sesiapa yang ingin menghafalnya..jika ingin belajar membaca eloklah mencari guru sebagai pembimbing..Salam sayang dari saya...



BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
Dengan menyebut nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

  1. YAA SIIN.
ALLAH s.w.t lebih mengetahui tentangnya.

  1. WAL QUR-AA-NIL HAKIIM.
Demi AL-QURAN yang penuh hikmah.

  1. INNAKA LAMINAL MURSALIIN.
Sesungguhnya kamu (MUHAMMAD) salah seorang dari rasul-rasul.

  1. ‘ALAA SIRAATIM MUSTAQIIM.
(yang berada) di atas jalan yang lurus.

  1. TANZIILAL-‘AZIIZIIR RAHIIM.
(AL-QURAN itu) di turunkan oleh (ALLAH s.w.t) yang maha perkasa lagi maha penyayang.

  1. LITUNNZIRA QAUMAM MAA UNNZIRA AABAA UHUM FAHUM GHAAFILUUN.
Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang peringatan itu belum di berikan kepada datuk nenek mereka, maka kerana itu mereka menjadi lalai.

  1. LAQAD HAQQAL QAULU ‘ALAAA AKTSARIHIM FAHUM LAA YU’’ MINUUN.
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan ALLAH s.w.t) terhadap kebanyakkan mereka, kerana mereka tidak beriman.

  1. INNAA JA-‘ALNAA FII ‘A-NAA QIHIM AGH-LAALAN FAHI YA ILAL AZQAANI FAHUM-MUQMAHUUN.
Sesungguhnya kami telah memasang pada leher mereka belenggu, lalu tangan mereka (diangkat) kepada dagu, maka kerana itu mereka terngadah (terdongak)

  1. WAJA’ALNAA MIM-BAINI AIDIIHIIM SADDAU WAMIN KHALFIHIM SADDAN FA-AGH SYAINAAHUM FAHUM LAA YUBSIRUUN.
Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (kebenaran)

  1. WASAWAA UN ‘ALAIHIM A-ANN ZARTAHUM AM LAM TUNN-ZIRHUM LAA YU’’ MINUUN.
Dan sama sahaja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan atau tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.

  1. INNAMAA TUNN-ZIRU MANIT TABA-‘AZZIKRA WA KHASYI-YAR RAHMAANA BILGHAIBI FABASY-SYIRHU-BIMAGH FIRATIW WA AJ-RINN KARIIM.
Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada tuhan yang maha pemurah walaupun dia tidak melihat-NYA.Maka berilah mereka khabar gembira dengan keampunan dan pahala yang mulia.

  1. INNAA NAHNU NUHYIL MAUTAA WANAKTUBU MAA QADDAMUU WA-AA-TSAARAHUM WAKULLA SYAIN-IN AHSAINAA HU FII IMAAMIMM MUBIIN.
Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang telah mati dan kami menuliskan apa yang telah (mereka) kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata (iaitu Luh Mahfuzh)

  1. WADH-RIB LAHUM MA-TSALAN ASHAABAL QARYATI IZJAAA A-HAL MURSALUUN.
Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, iaitu penduduk suatu negeri ketika datang kepada mereka para utusan.

  1. IZ-ARSALNAA ILAIHI-MUTS NAINI FAKAZ-ZABUU HUMAA FA ‘AZ-ZAZ NAA BITSAA-LI-TSINN FAQAA LUUU INNAAA ILAIKUM MURSALUUN.
(iaitu) ketika kami mengutus kepada mereka dua orang utusan.Lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka (ketiga-tiga utusan itu) berkata : “sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu”.

  1. QAALUU MAA-ANTUM ILLAA BASYARUM MITSLUNAA WAMAA ANNZALAR RAHMAANU MINN SYAI-IN IN ANN-TUM ILLAA TAKZIBUUN.
Mereka (penduduk negeri itu) menjawab: “kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan tidaklah ALLAH yang maha pemurah menurunkan sesuatu pun, sesungguhnya kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka.”

  1. QAALUU RABBUNAA YA’ LAMU INNAAA ILAIKUM LAMURSALUUN.
Mereka (utusan itu) berkata: “Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu”

  1. WAMAA ‘ALAINAAA ILLAL BALAA-GHUL MUBIIN.
Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah ALLAH s.w.t) dengan jelas.”

  1. QAA LUUU IN-NAA TATAY-YARNAA BIKUM LA-IL-LAM TANN-TAHUU LANAR JUMANNAKUM WALAYAMAS-SANNAKUM MINNAA ‘AZAABUN ALIIM.
Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat seksa yang pedih dari kami.”

  1. QAALUU TAAA IRUKUM MA ‘AKUM A-IN ZUKKIRTUM BAL ANN-TUM QAUMUM MUSRIFUUN.
Utusan-utusan itu berkata: “Kemalangan kamu itu adalah kerana kamu sendiri.Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.”

  1. WAJAAA A-MIN AQSAL MADIINATI RAJULUY YAS ‘’AA QAALA YAA QAUMIT TABI-‘UL MURSALIIN.
Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki, dengan bergegas-gegas dia berkata: “Wahai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu.

  1. IT TABI ‘UU MAL-LAA YAS-ALUKUM AJRAU WAHUM MUHTADUUN.
Ikutilah oleh kamu orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

  1. WAMAALIYA LAA A’-BUDUL LAZII FATARANII WA ILAIHI TURJA-‘UUN.
Mengapa aku tidak menyembah (tuhan) yang telah menciptakan dan yang hanya kepada-NYA kamu (semua) akan dikembalikan?

  1. A-AT-TAKHIZU MIN DUUNIHII AA-LIHATAN IY YURIDNIR RAHMAANU BIDHUR-RIL LAA TUGHNI ‘ANNII SYAFAA ‘A-TUHUM SYAI AU WALAA YUNG QIZUUN.
Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-NYA, jika (ALLAH s.w.t) yang maha pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, nescaya tidak memberi manfaat syafaat mereka sedikit pun bagi diriku dan tidak (pula) dapat menyelamatkanku?

  1. INN-NII IZAL LAFII DHALAA LIMM MUBIN.
Sesungguhnya aku (jika demikian) pasti berada dalam kesesatan yang nyata.

  1. INN-NII AA-MANNTU BIRABBIKUM FASMA ‘UUN.
Sesungguhnya aku telah beriman kepada tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.”

  1. QIILAD KHULIL JAN-NATA QAALA YAA LAITA QAUMII YA’LAMUUN.
Dikatakan (kepadanya): “Masuklah kamu kedalam syurga.” Dia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.

  1. BIMAA GHAFARALII RABBII WAJA ‘A-LANII MINAL MUKRAMIIN.
Apa yang menyebabkan keampunan bagiku oleh Tuhanku dan menjadikan aku termasuk di kalangan orang-orang yang di muliakan.

  1. WAMAAA ANN ZALNAA ‘ALAA QAUMIHII MIMBA’ DIHII MINN JUNDIMM MINAS-SAMAA-I WAMAA KUN-NAA MUNNZILIIN.
Dan kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (meninggal) suatu pasukan (tentera) pun di langit dan tidak layak bagi kami menurunkannya.

  1. INN KAANAT ILLAA SAIHATAU WAAHIDATANN FA-IZAAHUM KHAA-MIDUUN.
Tidak ada (seksaan) ke atas mereka selain daripada teriakan yang sekali sahaja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati.

  1. YAA HASRATAN ‘ALAL ‘IBAADI MAAYA’’ TIIHIM MIR-RASUULIN IL-LAA KAANU BIHII YASTAH-ZI UUN.
Alangkah besarnya penyesalan terhadap hamba-hamba (yang mendustakan rasul) itu, tiada datang kepada mereka seorang rasul pun melainkan mereka selalu memperolok-olokannya.

  1. ALAM YARAU KAM AHLAKNAA QABLAHUM MINALQURUUNI AN-NA-HUM ILAIHIM LAA YARJI ‘UUN.
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak yang telah kami binasakan mereka, (iaitu) umat-umat sebelum mereka, bahawasanya orang-orang (yang telah kami binasakan) itu tiada kembali kepada mereka.

  1. WA-INN KUL-LUL-LAMM-MAA JAMII ‘UL LADAINAA MUH-DHARUUN.
Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan, kepada kami (mereka) dihadirkan.

  1. WA AA-YATUL LAHUMUL AR-DHUL MAI-TATU AHYAI-NAAHAA WA-AKH-RAJNAA MINHAA HABBANN FAMINHU YA” KULUUN.
Dan suatu tanda (kekuasaan ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati.Kami hidupkan (bumi itu) dan kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan.

  1. WAJA-‘ALNAA FIIHAA JAN-NAATIM MIN-NAKHII LIW-WA A’-NAABIW WAFAJ-JARNAA FIIHAAA MINAL ‘U-YUUN.
Dan kami jadikan padanya kebun-kebun (terdiri) daripada kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air.

  1. LIYA” KULUU MIN TSAMARIHII WAMAA ‘AMILAT-HU AIDIIHIIM AFALAA YASY-KURUUN.
Supaya mereka dapat makan buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?

  1. SUBHAANAL LAZII KHALAQAL AZ-WAAJA KULLAHAA MIMMAA TUMM-BITUL AR-DHU WAMIN AMFUSIHIM WA MIM-MAA LAA YA’-LAMUUN.
Maha suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

  1. WA AA-YATUL LAHUMUL LAYLU NASLA-KHU MIN HUN NAHAARA FA-IZAA HUM MUZH LIMUUN.
Dan suatu tanda (kekuasaan ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah malam. Kami tanggalkan daripada (malam itu) siang, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan.

  1. WASY SYAMSU TAJRII LIMUS TAQARRIL LAHAA ZAALIKA TAQDIIRUL ‘AZII-ZIL ‘ALIIM.
Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha perkasa lagi maha mengetahui.

  1. WAL QAMARA QAD DARNAAHU MANAA-ZILA HATTAA ‘AA-DAKAL ‘URJUUNIL QADIIM.
Dan telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah ia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang kuat.

  1. LASY-SYAMSU YAMM-BAGHII LAHAA AN TUDRIKAL QAMARA WALAL-LAY-LU SAABIQUN NAHAARI WAKUL-LUUN FII FALAKIY YASHBAHUUN.
Tidaklah mungkin bagi matahari itu mudah mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

  1. WA AA-YATUL LAHUM AN-NAA HAMALNAA ZUR-RIY-YATAHUM FIL FULKIL MASY-HUUN.
Dan suatu tanda (kebesaran ALLAH s.w.t yang besar) bagi mereka adalah bahawa kami angkat keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

  1. WA KHALAQ NAA LAHUM MIMM-MITS LIHII MAA YARKABUUN.
Dan kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kenderai seperti bahtera itu.

  1. WA INN-NASYA” NUGH-RIQ-HUM FALAA SARII-KHA LAHUM WALAAHUM YUNN-QAZUUN.
Dan jika kami menghendaki, nescaya kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

  1. IL-LAA RAHMATAM MIN-NAA WAMATAA ‘AN I-LAA HIIN.
Melainkan (kami selamatkan mereka) kerana rahmat (yang besar) dari kami dan untuk memberi kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika (ajal)

  1. WA IZAA QII-LA LAHUMUT TAQUU MAA-BAYNA AY-DIIKUM WAMAA KHAL-FAKUM LA ‘AL-LAKUM TURHAMUUN.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “takutlah kamu (akan seksa) yang di hadapanmu (iaitu sengsara di dunia) dan seksa yang akan datang (azab akhirat) supaya kamu mendapat rahmat,” (tetapi nescaya mereka berpaling)

  1. WAMAA TA” TIIHIM MIN AA-YATIM MIN AA-YAATI RABBIHIM IL-LAA KAANUU ‘ANHAA MU’-RIDHIIN.
Dan sekali-kali tiada datang kepada mereka suatu tanda (dari tanda-tanda kekuasaan) tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.

  1. WA IZAA QILLA LAHUM ANN-FIQUU MIMMAA RAZAQA KUMUL-LAA HU QAALAL LAZIINA KAFARUU LIL-LAZII NA-AA MANUUU ANUT-‘IMU MALLAU YA-SYAAA-UL LAA-HU AT-‘AMAHUUU IN ANNTUM IL-LAA FII DHALAALIMM MUBIN.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang di berikan ALLAH s.w.t kepadamu” maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman “Apakah kami akan memberi makan (orang yang) jika (ALLAH s.w.t) menghendaki tentulah ALLAH s.w.t akan memberinya makan, sesungguhnya tiadalah kamu melainkan kesesatan yang nyata.”

  1. WAYAQUU-LUUNA MATAA HAAZAL WA’DU INN-KUNNTUM SAADIQIIN.
Dan mereka berkata: “Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?”

  1. MAA YANN ZHURUUNA ILLAA SAIHATAW WAAHIDATANN TA” KHUZUHUM WAHUM YA-KHIS-SIMUUN.
Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakkan sahaja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar.

  1. FALAA YASTATII-‘UUNA TAW-SIYATAW WALAA ILLAAA AH-LIHIM YARJI-‘UUN.
Lalu mereka tidak kuasa membuat satu wasiat pun tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya.

  1. WANUFI-KHA FIS-SUURI FA-IZAA HUM MINAL AJ-DAA-TSII-LAA RABBIHIM YANN-SILUUN.
Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar daripada kubur mereka (menuju) kepada tuhan mereka dengan segera.

  1. QAALUU YAA WAYLANAA MAMM-BA-‘A-TSANAA MIM-MARQADINAA HAAZA MAA WA-‘ADAR RAHMAANU WASADAQAL MURSALUUN.
Mereka berkata : “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?” Inilah yang di janjikan (tuhan) yang maha pemurah dan benarlah rasul-rasul (NYA)

  1. INN KAANAT ILLAA SAIHATAW WAAHIDATANN FA-I-ZAA HUM JAMI ‘UL LADAI-NAA MUH-DHARUUN.
Sesungguhnya tidaklah (teriakkan itu) melainkan hanya sekali teriakan sahaja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan, dihadirkan kepada  sisi kami.

  1. FALYAW MA LAA TUZH-LAMU NAFSUN SYAI-AW WALAA TUJZAU-NA IL-LAA MAA KUNN-TUM TA’ MALUUN.
Maka pada hari itu tidaklah seseorang akan dirugikan (dizalimi) sedikit pun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.

  1. INN-NA AS-HAABAL JAN-NATIL YAWMA FI SYU-GHULINN FAA KIHUUN.
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu  dalam (syurga) bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).

  1. HUM WA-AZ WAAJUHUM FII ZHILAALIN ‘ALAL A-RAAA IKI MUT-TAKI-UUN.
Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas sofa-sofa.

  1. LAHUM FIIHAA FAAKIHATUW WALA HUM-MAA YADDA-‘UUN.
(Di syurga itu) mereka memperoleh buah-buahan dan apa yang mereka inginkan akan di perolehi.

  1. SALAAMUNN QAULAMM-MIR RAB-BIR RAHIIM.
(Kepada mereka dikatakan): “Salam” sebagai ucapan selamat daripada tuhan yang maha penyayang.

  1. WAMTAAZUL YAUMA AY-YUHAL MUJRIMUUN.
Dan (dikatakan kepada orang kafir): “Berpisah kamu (dari orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.”

  1. ALAM A’-AHAD I-LAYKUM YAABANII AA-DAMA AL-LAA TA’-BUDUSY-SYAITAANA IN-NAHUU LAKUM ‘A-DUW WUMM-MUBIIN.
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai bani adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya (syaitan itu) bagi kamu adalah musuh yang nyata.

  1. WA A-NI’ BUDUUNII HAZAA SIRAATUM MUSTAQIIM.
Dan hendaklah kamu menyembah aku.Inilah jalan yang lurus.

  1. WALAQAD A-DHALLA MINN-KUM JIBILLANN KA-TSIIRAN AFALAM TAKUU-NUU TA’QILUUN.
Dan sesungguhnya (syaitan itu) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu.Maka apakah kamu tidak memikirkan?

  1. HAAZIHII JAHAN-NAMUL-LATII KUNNTUM TUU ‘ADUUN.
Inilah (neraka) Jahannam yang dahulu kamu diancam (dengannya)

  1. IS-LAWHAL YAWMA BIMAA KUNNTUM TAKFURRUN.
Masuklah ke dalamnya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya.

  1. AL-YAW MA-NAKH-TIMU ‘A-LAAA AFWAA HIHIM WATUKALLIMUNAAA AY-DIIHIIM WATASY-HADU AR-JULUHUM BIMAA KAANUU YAKSIBUUN.
Pada hari ini kami metrikan (tutup) ke atas mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

  1. WALAU NASYAAA-U LATAMASNAA ‘A-LAAA A’-YUNIHIM FAS-TABAQUS SIRAATA FA-AN-NAA YUBSIRUUN.
Dan jikalau kami menghendaki pastilah kami hapuskan penglihatan atas mata mereka; lalu mereka berlumba-lumba (mencari) jalan.Maka betapakah mereka dapat melihat (NYA)

  1. WALAU NASYAAA-U LAMASAKH-NAAHUM ‘ALAA MAKAANATIHIM FAMAS TATAA-‘UU MU-DHIY-YAW WALAA YARJI-‘UUN.
Dan jikalau kami menghendaki pastilah kami ubah mereka dari tempat mereka berada; maka mereka tidak sanggup lagi berjalan (pergi) dan tidak (pula sanggup) kembali.

  1. WAMANN NU-‘AM-MIRHU NUNAK-KISHU FIL KHALQI AFALAA YA’-QILUUN.
Dan sesiapa yang kami panjangkan umurnya, nescaya kami kembalikan dia kepada kejadia (NYA). Maka apakah mereka tidak memikirkan?

  1. WAMAA ‘AL-LAMNAA HUSY-SYI’-RAA WAMAA YAMM-BA-GHII LAHUU INHUWA ILLAA ZIKRUW WAQUR-AA-NUMM MUBIIN.
Dan kami tidak mengajarkan syair kepadanya (MUHAMMAD s.a.w) dan (bersyair itu) tidaklah layak baginya. Sesungguhnya tidak (AL-QURAN itu) selain dan peringatan (pelajaran), dan AL-QURAN (kitab) yang memberi (penerangan) yang jelas.

  1. LIYUNN-ZIRA MANN KAANA HAY-YAW WAYA-HIQQAL QAULU ‘ALAL KAAFIRIIN.
Supaya dia (MUHAMMAD s.a.w) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.

  1. AWALAM YARAW ANN-NAA KHALAQNAA LAHUM MIMMAA ‘A-MILAT AI-DIINAAA AN-‘AA-MANN FAHUM LAHAA MAA-LIKUUN.
Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya kami telah menciptakan untuk mereka dengan tangan (kekuasaan) kami binatang ternak, lalu mereka menguasainya?

  1. WAZALLAL NAAHAA LAHUM FAMINHAA RAKUU-BUHUM WAMINHAA YA” KULUUN.
Dan kami tundukkan (binatang-binatang itu) untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.

  1. WALAHUM FIIHAA MANAA-FI-‘U WAMA-SYAARIBU AFALAA YASY-KURUUN.
Dan mereka memperoleh padanya manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?

  1. WATTA-KHAZUU MIN DUUNIL-LAAHI AA-LIHATAL LA-‘AL-LAHUM YUNN-SARUUN.
Mereka mengambil selain daripada ALLAH s.w.t sembahan-sembahan, agar mereka mendapat pertolongan (darinya)

  1. LAAYASTATII-‘UUNA NAS-RAHUM WAHUM LAHUM JUNDUM-MUH-DHARUUN.
Sembahan-sembahan itu tiada kuasa menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentera yang dihadirkan (untuk menjaga mereka)

  1. FALAA YAH-ZUNN-KA QAULUHUM. IN-NAA NA’-LAMU MAA YUSIR-RUU NA WAMAA YU’-LINUUN.
Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan kamu.Bahawa sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.

  1. AWALAM YARAL INN-SAANU AN-NAA KHALAQNAA HU MIN NUTFATIN FA-I-ZAA HUWA KHASII-MUM-MUBIIN.
Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.

  1. WA-DHARABA LANAA MA-TSALAW WANASIYA KHALQA-HUU QAALA MAY-YUHYIL ‘I-ZHAA-MA WAHIYA RAMIIM.
Dan dia membuat perumpamaan bagi kami, dan dia lupa kepada kejadiannya; dia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?”

  1. QUL YUHYII HAL-LAZIII ANN-SYA-A-HAAA AW-WALA MARRA-TIW WAHUWA BIKULLI KHALQIN ‘A-LIIM.
Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh tuhan yang menciptakannya pada awalnya.Dan Dia maha mengetahui tentang segala makhluk.

  1. AL-LAZII JA-‘A-LA LAKUM MINASY SYAJARIL AKH-DHARI NAARAN FA I-ZAAA ANN-TUM MINHU TUU-QIDUUN.
Iaitu tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu.”

  1. AWALAY SALLA-ZI KHALAQAS-SAMAA WAATI WAL AR-DHA BI QAA-DIRIN  ‘A-LAA AY-YAKH-LUQA MITS-LAHUM BALAA WAHUWAL KHAL-LAAQUL ‘A-LIIM.
Dan tidakkah tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan (benar dia berkuasa) dan dialah maha pencipta lagi maha mengetahui.

  1. INN-NAMAAA AMRUHUUU I-ZAAA A-RAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUNN FAYAKUUN.
Sesungguhnya keadaan-NYA apabila DIA menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : “JADILAH !” maka terjadilah ia.

  1. FASUB-HAA NAL LAZII BIYADIHII MALAKUU-TU KULLI SYAI-INW-WA I-LAY-HI TURJA ‘UUN.
Maka maha suci (ALLAH s.w.t) yang di tangan-NYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-NYAlah kamu akan dikembalikan.



INFO
(kopi & milo dr komen family kita)
Anonymous said...
Assalammualaikum,
Saya diberitahu jika kehilangan duit, baca surah Yassin dan mula berdoa ketika bertemu setiap 'mubiin' dalam bacaan Yassin itu. Ada tujuh kali 'mubiin' diulang kesemuanya. Insyaallah, apa yang didoa akan terkabul.

Saya sendiri telah mencubanya. Alhamdullillah...jumpa kembali duit yang hilang. Amin.

Simply,
O'riz

Jumat, 03 Juni 2011

Al-KISAH......maka tersebut lah kisah...

Assalamualaikum,
Maaf la pada sahabat² kerana tidak sempat post apa² lagi..al-maklum la..putra dah tak kerja sedang mencari peluang perniagaan, putra sedang mengusahakan perniagaan signboard, banner, kad jemputan, kad kawin dan semua yang bersangkut paut dengan advertising tidak lepas juga putra sedang mencari bisnes² part time yang boleh menjana kewangan...
Pada inbox putra ada seorang sahabat memohon supaya putra kongsikan Surah YaaSiin dalam bacaan rumi..sekarang baru la habis putra salin...sat lagi putra post kan la pada blog ini..mudah²an bergunalah pada pelawat² blog ini..
Amin...Amin...Amin..Ya ALLAH s.w.t

Minggu, 22 Mei 2011

Penampakkan yang tidak di kenal pasti.






Picture ini putra ambil dari seorang sahabat yang baru sahaja menjalankan tugas menyumbat makhluk di dalam botol..tapi tidak berapa clear la..putra terkejut juga sahabat ini boleh menzahirkan makhluk di dlm botol, botol tu botol plastik plk tu...putra study dulu botol kaca yang jernih je..kih..kih..apabila putra bertanya pada sahabat..jawabnya senang dan ringkas sekali..botol nampak kosong...tapi bila ambil gambar or video kadang² boleh nampak...
Lokasi : Taman Medan, Jalan Kelang Lama.