Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Selasa, 05 Juli 2011

Doa Surah Yasin (rumi)

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM.

ALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIN. HAMDAY YUWAAFII NI-'A-MAHUU WAYUKAAFII-'U MAZIIDAH, YAA RABBANAA LAKAL HAMDU KAMAA YAMBAGHII LIJALAALI WAJHIKA WA 'A-ZHIIMI SULTAANIK. ALLAAHUMMA SALLI WASALLIM 'A-LAA SAY-YIDINAA MUHAMMADIN WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII AJMA-'IIN.

ALLAHUMMA BIHAQQI YAASIIN. WALQUR AA-NIL HAKIIM. WABIMANIKH TARTAHUU BIR-RI-SAALATI WAN-NUBUWWATI WALWILAAYATI WAL HIDAAYATI ILAA SIRAATAKAL MUSTAQIIM. WABIJAMII-'I MAAJAA A-BIHII MINNKA JIBRIILU TANZIILAL AZIIZIR RAHIIM. WABI KHAWAAS-SIL HURUUFI WAL ASMAA-IT TAAMMAATI WABIMAA AZH-HARTA FIL-WUJUUDI LIKULLI MAUJUUDIN MINAL AA-YAATIL BAY-YINAAT. WABI KHAFIY-YI LUTFIKAL MUFARRIJI 'ANN-KULLI MAHMUUM. AL-MUKHAL-LISI LIKULLI MADYUUN. YAA MUJRIYAL BIHAARI WAL-'UYUUN. YAA MAN KHAZAA I-NUHUU BAINAL KAA-FI WAN-NUUN. WA 'A-LIMA BIMAA KAANA QABLA AY-YAKUUN. WANAS A-LUKAL-LAA-HUMMA ANTASLUKA BINAA JAA-DATAN RI-DHAAKA WA-AN TAJ-'ALANAA AH-LAW WAMAHAL-LAL LISA-'AA-DATIKA WA-GHI-NAAK. WA AN TUYASSIRU LANAA JAMII-'AL MURAADAATI WAL MATAALIB. WA-AN TAJ-'ALA KULLAM MINNAA BAINA 'IBAA-DIKA FII KULLI HAALI NIZH-ZHAAFIRIL GHAALIB. WA-ALLA TUHWIJA AHADAM MINNA ILAA AHADIM MIN KHALQIKA FII AMRI RIZQIH, WA-AN TAR-BITA 'ALAA ALSINTIL MUTAFAW-WIHIINA BILMAKRUUHI FI HAQQIH. WA-AN TAQTARINA HARAKAATINAA BITAUFIIQ. WA-AN TAJ-'A-LA RI-DHAAKA 'AN-NAA KHAIRA MUSAAHIBIL LANAA WARAFIIQ. WA-AN TUTHIFANAA BAL-JALAALATI WALMAHAABAH. WA-AN TAMUNNA 'ALAYNAA BISUR-'ATIL IJAABAH.

ISTAJIBIL LAAHUMMA DU-'AA ANAA WAHAQQIQ FIIKA RAJAA ANAA, WA-AD KHILNAA FII HIRZI LUTFIKAL MASUUNI BISIRRI QAULIKA IN-NAMAA AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHUU KUN FAYAKUUN. FASUBHAANAL LA-ZII BIYADIHII MALAKUUTU KULLI SYA-IN WA-ILAY-HI TURJA-'UUN.

SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAHMUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MAGH-MUUM.SUBHAANAL MUNAFFISI 'ANN-KULLI MADYUUN.SUBHAANA MAN AMRUHUU IZAA ARAADA SYAI-AN AY-YAQUULA LAHU KUN FAYAKUUN.

YA MUFARRIJAL HUMUUM.YAA MUFARRIJU FARRIJ.YAA MUFARRIJU FARRIJ.FARRIJ 'AN-NAA HUMUU-MANAA.YAA HAY-YU YAAQAY-YUUM.YAAZAL-JALAALI WAL-IKRAAM.WASALI WASALLIMU 'ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMAD.WA 'A-LAA AA-LIHII WASAHBIHII WASALLAM. WALHAMDU LILLAAHI RABBIL 'AALAMIIN.

Dengan nama ALLAH s.w.t, Yang maha pemurah, Lagi maha mengasihani.

Segala puji bagi ALLAH s.w.t, Tuhan pentadbir seluruh alam, Pujian yang melengkapi segala nikmat-NYA dan membelas limpah kurnia-NYA. Wahai Tuhan kami, Bagi-MU segala kepujian seperti yang selayaknya dengan kebesaran zat-MU dan keagungan-MU. Ya ALLAH s.w.t cucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w beserta ahli-ahli rumahnya dan sekalian sahabatnya.

Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, Dengan berkat kebenaran Yaasiin dan kebenaran kitan AL-QURAN AL-HAKIM dan dengan kebenaran oarang-orang yang ENGKAU pilih dengan pangkat kenabiannya,kerasulannya,pemerintahannya dan petunjuk kepada jalan yang betul dan dengan berkat kebenaran semua wahyu yang diturunkan melalui malaikat jibril dan dengan berkat rahmat tiap-tiap huruf dan nama-nama yang sempurna dan dengan berkat segala sesuatu yang ENGKAU lahirkan bagi tiap-tiap yang ada daripada segala keterangan yang nyata dan kesucian sifat lemah-lembut-MU yang melepaskan tiap-tiap kerunsingan dan tiap-tiap yang berhutang. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang mengalirkan air-air di laut dan air-air yang berada di celah-celah bumi. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang seluruh perbendaharaan-NYA hanya di antara kaf dan nuun (daripada perkataan "KUN" yang ertinya jadilah maka yang dikehendaki-NYA pun jadi) tuhan yang sedia mengetahui segala yang telah berlaku dan yang akan berlaku.

Ya ALLAH s.w.t wahai tuhan kami, kami mohon kepada-MU semoga ENGKAU arahkan kami kepada jalan keredhaan-MU menjadikan kami sebagai warga kebahagiaan dan kekayaan-MU, dan kami mohon semoga ENGKAU mudahkan kami mencapai segala hajat dan maksud dan supaya ENGKAU jadikan keredhaan-MU itu kepada kami sebaik-baik teman yang menemani kami mencapai kebesaran dan kehebatan dan mengurniakan kami nikmat, segeralah doa kami di perkenankan.

Di perkenankan Ya ALLAH s.w.t permohonan kami ini, berikan kepastian akan berjayanya pengharapan kami, masukkan kami dalam pemeliharaan sifat lemah-lembut-MU demi berkat rahsia firman-MU (yang ertinya:) "Bahawa sesungguhnya urusan ALLAH s.w.t apabila DIA berkehendakkan sesuatu bahawa berfirman DIA baginya, 'JADILAH' maka sesuatu itupun jadilah ia," maka maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang berkuasa penuh memerintah segala sesuatu dan kepada-NYA segala-gala itu dikembalikan.

Maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kerunsingan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan kenestapaan, maha suci ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan beban orang-orang yang berhutang, maha suci ALLAH s.w.t, yang apabila DIA berkehendak sesuatu bahawa berfirman "JADILAH" maka sesuatu yang di kehendaki itupun jadilah ia.

Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan segala kesusahan. Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang melepaskan, apa kiranya kami semua ini daripada segala penderitaan, Ya ALLAH s.w.t, tuhan yang hidup, tuhan yang berkuasa penuh, tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.Barang dicucuri ALLAH s.w.t akan rahmat dan sejahtera jua atas junjungan kami NABI MUHAMMAD s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian, dan segala puji bagi ALLAH s.w.t, tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin....
Amin....
Amin....
Ya ALLAH s.w.t