Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Senin, 22 Agustus 2011

ISYARAT TELINGA BERDESING / BERDENGUNG

Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda
"Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepada aku.Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR"
(Rujuk Al-Azakar: 133)

Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa : ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR yang bermaksud "ALLAH s.w.t mengingatkan orang yang mengingati aku dengan kebaikkan."

Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH s.w.t, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.