Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Senin, 28 Februari 2011

a. Kenali diri sendiri rata-rata.

Sudahkah anda betul² kenal siapa kita?
Untuk apa kita di jadikan?
Sebab apa kita di jadikan?
Jika anda sudah tahu siapa kita...sudah semestinya anda kenal siapa tuhan kita...tiada lagi keraguan....
DIA tuhan manusia...
DIA raja manusia....
DIA sembahan manusia....
hanya DIA yg kita sembah...
hanya DIA tempat meminta pertolongan.........
DIA tempat memohon sebarang hajat........
(surah AN-NAAS, surah AL-FATIHAH & surah AL-IKHLAS)

Rabu, 16 Februari 2011

Kenali diri sendiri rata-rata, Baru kenal tuhan yang amat nyata.

Jalan ini di lalui oleh ramai ahli, Jika tersalah jalan anda akan terpesong jauh....Lagi² jika belajar tanpa rujukan guru atau ahlinya..
Siapa " kita " hidup di dunia ini?
Adakah kita ini tuhan?
Boleh menghukum sesiapa?
Boleh menjadikan apa² saja?
Boleh melakukan apa saja yang kita suka?
Kenyataannya kita hanyalah hamba yang maha ESA..hanya mengikut apa yang telah di syariatkan bukan buat² sendiri atau ikut² dari nenek moyang.
Tapi layak ke kita bergelar hamba-NYA?
Anda buat apa yang di suruh?
Anda tegah apa yang di larang?
Bagaimana anda hendak mengaku sebagai hamba-NYA sedangkan anda tidak lakukan apa yang di suruh atau tidak laksanakan syariat? bagaimana anda boleh katakan yang DIA adalah kesayangan anda dan DIA lah segala²nya...cuba anda fikir jika seseorang yang sedang berkasih²an, sanggup melakukan apa sahaja..tapi pada kekasih yang amat nyata, anda tidak mampu ikuti suruhan-NYA......
Bagaimana anda berani mengaku yang anda seorang penyayang di dunia ini?
Anda berani mengaku yang anda seorang yang setia di dunia ini?
Anda berani mengaku yang anda seorang yang jujur di dunia ini?
Anda mengaku yang anda seorang yang ikhlas di dunia ini? dll...
putra ingin menyatakan yang anda semuanya penipu....dengan pencipta anda pun anda tidak sayang...dengan yang memberi kehidupan pun anda tidak setia..macam mana putra ingin percaya kepada dunia dan segala isinya lagi? jika anda tidak sujud pada-NYA, bagaimana putra ingin percaya segala kata² anda? segala janji² manis anda? semuanya hanya kata² kosong atau omong² kosong aja deh...sujudlah pada-NYA dengan tawadhuk, jika anda ingin menjadi hamba yang penyayang, setia, jujur dan sebagainya..percaya lah..jika anda kejar dunia, hanya dunia lah yang anda dapat, Tapi jika anda kejar akhirat pastinya anda dapati dunia pun bersama anda....segala sesuatu di ciptakan tidak sia-sia...kita hanya hamba yang mampu mengikut segala kehendak-NYA..kita sebenarnya tiada apa² di dunia ini..kita ini terlalu hina, tiada ruang atau benda sebesar zarrah pun kepunyaan kita..jadinya, siapakah anda?

Ikutilah AL-QURAN dan HADIS..
Apa yang putra tahu, dari NABI ADAM a.s lagi telah di arahkan mentauhidkan ALLAH s.w.t hinggalah NABI junjungan kita NABI MUHAMMAD s.a.w yang membawa kitab suci AL-QURAN yang sempurna segala isinya...Cuba anda kaji apa yang tiada di dalam AL-QURAN?
putra boleh katakan dunia ini lagi kecil dari AL-QURAN, kerna segala isi dunia berada di dalam AL-QURAN...AL-QURAN is a manual or AL-QURAN is everything...segala² telah di sampaikan kepada kita tanpa bayaran, tetapi kenapa ada setengah pihak yang menjual ayat² suci AL-QURAN dengan sewenang²nya untuk mengaut keuntungan? sedangkan NABI MUHAMMAD s.a.w sampaikan pada kita dengan percuma dan di arahkan sampaikan pada yang lain juga...tiada pula ia mengatakan perlu meletakkan harga jika menyampaikan...Putra faham jika kamu kata sekarang ini semuanya duit..tanpa duit semua tak akan berlaku....Putra faham juga jika kamu mengatakan dulu kamu belajar sampai PHD pakai duit tau..bukan dapat free, sebab tu nak sampaikan pula, kena letak harga..cuba anda bayangkan pada yang tidak mampu untuk membuat bayaran, sedangkan mereka benar² ikhlas ingin mempelajarinya..munkin mereka tidak akan dapat sampai bila², or munkin akan ada kejadian mencuri, merompak or apa² cara supaya mereka dapat mempelajari...boleh ke anda mengaku yang anda mengikut AL-QURAN sepenuhnya? sedangkan dalam AL-QURAN telah menyatakan rezeki itu telah di bahagi²kan dari sejak azali...kenapa anda masih risau dan tidak percaya pada janji-NYA? sedarlah.....sedarlah....sedarlah...
Jika tanpa mengikut panduan AL-QURAN dan hadis, maka akan sesatlah kita..bukan anda tapi " KITA "
kita serupa.....................................

Selasa, 08 Februari 2011

Doa selepas solat dalam bacaan rumi.

BISMILLAH-HIRRAHMAN-NIRRAHIM.

ALHAMDU LILLAHI RABBIL 'ALAMIN. ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WA'ALA A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM.

ALLAHUMMA INNA NAS-ALUKAL-'AFWA WAL-'AFIAH, WAL-MU 'AFATAD-DA-IMAH, FIDDI-NI WADDUN-YA WAL-A-KHIRAH.

ALLAHUMMA AH-SIN 'AQIBATANA FIL-UMURI KULLIHA, WA-AJIRNA MIN KHIZYID DUN-YA WA'AZABIL A-KHIRAH.

ALLAHUMMA INNA NAS-ALUKA MINAL KHAIRI KULLIHI, 'A-JILIHI WA-A-JILIHI,
MA-'ALIMNA MINHU WAMA LAM NA'LAM. WANA'UZUBIKA MINAS-SYARRI KULLIHI, 'A-JILIHI WA-A-JILIHI, MA-'ALIMNA MINHU WAMA LAM NA'LAM.
RABBANA A-TINA FIDDUN-YA HASANATAW-WAFIL A-KHIRATI HASANATAW-WAQINA 'AZABAN NAR.

WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW-WA'ALA A-LIHI WASAHBIHI WASSALLAM.

Dengan nama ALLAH yang pengasih dan penyayang.

Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas penghulu kami NABI MUHAMMAD dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.

Ya ALLAH kami pohonkan kepada-MU kemaafan dan afiat dan kesejahteraan selama-lamanya, dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya ALLAH elokkan kesudahan kami pada semua perkara, dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan siksaan akhirat.

Ya ALLAH kami bermohon kepada-MU segala apa yang baik samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepada-MU dari segala apa yang berbahaya samada (datangnya) lambat atau cepat, yang kami ketahui atau yang tidak kami ketahui.

Ya tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia kebajikan dan di akhirat juga kebajikan, dan jauhkanlah kami dari siksa neraka.

Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD dan sejahtera ayat keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Sabtu, 05 Februari 2011

Wirid selepas solat.

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.




ALLAHUMMA ANTAS-SALAM. WAMINGKAS-SALAM, WA-ILAIKA YA'UDUS-SALAM.
FAHAIYINA RABBANA BISSALAM, WA-ADKHILNAL-JANNATA DARAS-SALAM.
TABARAKTA RABBANA WATA'ALAITA YA ZALJALALI WAL-IKRAM.

ALLAHUMMA LA MA-NI'A LIMA A'TAITA, WALA MU'TIA LIMA MANA'TA, WALA RADDA LIMA QADHAITA. WALA YANFA'U ZALJADDI MINKAL-JAD.

ALLAHUMMA A-'INNI 'ALA ZIKRIKA WASYUKRIKA WAHUSNI 'IBADATIK.
LA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH. LAHULMULKU WALAHUL HAMDU.
YUHYI WAYUMITU WAHUA 'ALA KULLI SYAI-IN QADIR.

LA ILAHA ILLALLAHU WALA NA'BUDU ILLA IYAHU. LAHUN-NI'MATU WALAHULFADHLU WALAHU-THANA'UL-HASAN.

LA ILAHA ILLALLAHU, MUKHLISINA LAHUDDINA WALAU KARIHAL KAFIRUN.
SUBHA-NA MAN LA YA'LAMU QADRAHU GHAIRUH, WALA YABLUGHUL WA-SIFUNA SIFATAH. SUBHA-NA RABBIYAL 'ALIYIL-A'LAL-WAHHAB.


Ya ALLAH, ENGKAUlah tuhan kesejahteraan. Daripada-MU datang kesejahteraan, dan kepada-MU kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat ENGKAU ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.

Ya ALLAH tak ada siapa yang dapat menghalangi apa yang ENGKAU beri, dan tak ada siapa dapat memberi apa yang ENGKAU halangi, dan tak ada siapa dapat menolak apa yang ENGKAU hukumkan.
Tidak berguna pada ENGKAU orang yang mempunyai kekayaan akan kekayaannya.

Ya ALLAH tolonglah aku untuk mengingat-MU, bersyukur kepada-MU dan beribadat kepada-MU dengan baik. Tidak ada tuhan, melainkan ALLAH sendiri, tak ada yang menyekutui-NYA. DIA yang empunya kerajaan dan DIA yang empunya pujian. Dia menghidupkan dan mematikan, dan DIA berkuasa di atas segala sesuatu.

Tidak ada tuhan, melainkan ALLAH, dan tiada kami sembah, melainkan DIA. DIA yang empunya nikmat, DIA yang empunya kelebihan, dan DIA yang mempunyai puji-pujian yang baik.

Tiada tuhan, melainkan ALLAH. Dengan tulus ikhlas beragama untuk-NYA semata-mata walaupun orang-orang kafir membenci. Maha suci tuhan yang tidak tahu akan qadar-NYA (martabat-NYA), melainkan DIA, dan tidak dapat orang menggambarkan sifat-NYA. Maha suci tuhanku yang mulia lagi maha tinggi yang banyak memberikan kurnia.

Selasa, 01 Februari 2011

Bacaan Doa Qunut dalam bacaan rumi.

ALLAHUM-MAHDINI FIMAN HADAIT. WA'AFINI FIMAN 'AFAIT. WATAWALLANI FIMAN TAWALLAIT. WABA-RIKLI FIMA A'TAIT. WAQINI SYARRAMA QADHAIT. FA-INNAKA TAQDHI, WALA YUQDHA 'ALAIK. WA-INNAHU LA-YADZILLU MAWWA-LAIT. WALA YA 'IZZU MAN 'A-DAIT. TABARAKTA RABBANA WATA 'ALAIT. FALAKAL-HAMDU 'ALA MA-QADHAIT. WA-ASTAGHFIRUKA WA-ATU-BU ILAIK. WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADININ-NABIYIL UMMIYI WA'ALA A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM.

Hai tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah ENGKAU tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah ENGKAU afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah ENGKAU pimpin. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah ENGKAU berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah ENGKAU qadhakkan (hukumkan). Maka bahawasanya ENGKAU yang menghukum bukannya ENGKAU yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah ENGKAU pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah ENGKAU musuhi. Amat berkat ENGKAU hai tuhan kami dan maha tinggi ENGKAU. Maka bagi-MU puji di atas apa yang telah ENGKAU hukumkan. Dan minta ampun aku kepada ENGKAU dan taubat aku kepada ENGKAU. Dan ALLAH sejahterakan junjungan kami NABI MUHAMMAD yang ummiy (tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Allahhumah-dini fiman hadait.

Wa’a fini fiman ‘afait.

Watawallani fiman tawalait.

Waba-rikli fimaa a’tait.

Waqinii birahmatika syarramaa qadhait.

Fa-innaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.

Wa-innahu la-yadzillu manw-wa-lait.

Walaa ya’izzuman ‘adait.

Tabaarakta rabbana wata’alait.

Falakal-hamdu ‘ala ma-qadhait..
Wa-astaghfiruka wa-atubu ilaik.

Wassolallahu 'ala saiyidina muhammadi wa ala alihi wa sahbihi wassalam.  

Credit to family putra yang tidak di kenal pasti  (check comment)

Bacaan tahiyat akhir dalam bacaan rumi.

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.




ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA SALLAITA 'ALA IBRAHIM WA 'ALA A-LI IBRAHIM. WABARIK 'ALA MUHAMMAD WA'ALA A-LI MUHAMMAD. KAMA BARAKTA 'ALA IBRAHIM WA 'ALA A-LI IBRAHIM. FIL 'A-LAMINA INNAKA HAMIDUMMAJID.

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah anugerahkan kesejahteraan atas ibrahim dan keluarga ibrahim. Dan berkatilah NABI MUHAMMAD dan keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah berkati ibrahim dan keluarga ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU maha terpuji lagi maha tinggi.

(sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah) 

Bacaan tahiyat awal dalam bacaan rumi.

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.





ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LILLAH. ASSALAMU 'ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. ASSALAMU 'ALAINA WA'ALA 'IBADILLAHIS-SALIHIN. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A-LI MUHAMMAD.

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD.

(sunat memandang jari telunjuk ketika lafas shahadah) 

Doa bacaan ketika duduk antara dua sujud dalam bacaan rumi.

RABBIGHFIRLI WARHAMNI WAJBURNI WARFA'NI WARZUQNI WAHDINI WA'AFINI WA'FU 'ANNI.

Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Doa bacaan ketika sujud dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH. 3X

Maha suci tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-NYA.

Doa bacaan ik'tidal dalam bacaan rumi.

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.








SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH.

ALLAH mendengar akan orang yang memuji-NYA.

RABBANA LAKAL HAMDU.

Ya tuhan kami ! Bagi-MU segala pujian.

Doa bacaan ketika ru'kuk dalam bacaan rumi.

SUBHANA RABBIYAL 'ADZIMI WABIHAMDIH. 3X

Maha suci tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-NYA.