Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Selasa, 26 Juni 2012

SOLAT SUNAT AWWABIN

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.

AL-QURAN LIBRARY


Sesudah solat sunat ba'da (Badiyyah) Maghrib di sunatkkan pula bagi sesiapa saja untuk mengerjakan solat sunat awwabin 2 raka'at atau sampai 6 raka'at.

Lafaz niat:
Ushallii rak'ataini shalaatal awwaabiina sunnatal lillaahi ta'aalaa.
Saya berniat solat sunat awwabin 2 raka'at kerana ALLAH s.w.t

Bacaan setelah surah AL-FATIHAH pada raka'at 1 dan 2:
Surah AL-IKHLAS (6x); Surah AL-FALAQ (1x); Surah AN-NAAS (1x)

Selepas salam 2 raka'at kemudian solat lagi 2 raka'at dengan lafaz niat yang sama.
Pilihan surah setelah membaca surah AL-FATIHAH pada raka'at 1 dan 2 : Surah apa sahaja yang di kehendaki.

Sesudahnya, berdiri lagi dengan lafaz niat yang sama.
Pilihan surah setelah membaca surah AL-FATIHAH pada raka'at 1 dan 2 : Surah AL-KAAFIIRUN; Surah AL-IKHLAS.

Wallahualam...

Rabu, 20 Juni 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT (sekadar renungan)



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik
kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina,
mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Wallahua'lam.

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



CARILAH DIA NESCAYA KAMU BAHAGIA






URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU
DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab (17 Jun 2012) InsyaALLAH. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah S.A.W.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan
umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:"Itulah orang yang makan riba."

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: "Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain."

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: "itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya."

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

ALLAH S.W.T: "Ya Muhammad"

Rasullah: "Labbaika"

ALLAH S.W.T: "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan."

Rasulullah: "Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan."

Allah SWT : "Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya dibawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada ALLAH S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga."

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama Surah Al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjidal-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada
Masjid Al-Haram hingga ke hari ini.

oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam..

Senin, 18 Juni 2012

KHUTBAH TERAKHIR JUNJUNGAN KITA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

SEBARKANLAHHHHH  !!!!!!!!!

- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

PENIPU+PEMBOHONG+LIAR

Salam,

Post nie putra nak share sket ilmu..tp sebenarnya bukan ilmu...lebih kepada pengalaman hidup..

tajuk PENIPU dan PEMBOHONG itu LIAR..sama je semua tu..cara nak kenal mereka senang je..

dengan perangai menipu dengan orang lain..walaupun sahabat baik anda..sahabat yg rapat la paling senang

kita nak detect boleh pakai ke tak boleh pakai member tu..

Contoh:

Boy dan Tricky kawan baik, mereka bekerja di satu tempat yang sama..malam sebelumnya mereka sama² tengok bola portugal lawan skuad harimau malaya hingga lewat pagi..padahal jam 0700am dh nak gi kerja..selepas tamatnya perlawanan itu dengan mata skuad harimau 3 dan portugal 0...mereka berdua hendak pulang kerumah masing²......

Boy: weh..tricky esok aku malas la nak g kerja..ngantok nie..
Tricky: adush..ko nak bg alasan apa ?
Boy: alaa...esok pagi² aku call office cakap superbike aku side mirror hilang..ko pandai² ar cover k?
Tricky: lantak ko la boy...tapi kalo ko nk pinjam cermin umah ako ko inform la yer?
Boy: ok bro...chaiyok...
Tricky: wokeh..chalo betey..

Lebih kurang mcm tu la jalan citenya..yang jelas nyata dan terang "BOY" seorang penipu hanya untuk
kepentingannya..lebih baik jauhkanlah diri anda dari org yg sebegini rupanya..kerana sudah nyata nanti anda juga pasti di tipunya..bukan putra menghukum boy, tapi kita perlu mengambil langkah berjaga² dengan penipu² yg beredar di sekelilingmu...buat lah...buat lah...buat lah tak tahu..tepuk lah..tepuk lah..tepuklah dadamu tanya hatimu adakah benar..kaji sikapnya..sekian..terima kasih kerana sudi membaca pahatan putra.


Tips,
Sahabat NABI s.a.w dengan tergesa² turun dari kuda dan lantas mengadap BAGINDA tanpa mengikat/tambat kudanya. Sampai sahaja di hadapan BAGINDA, BAGINDA bertanya wahai sahabat...kenapa kamu tidak mengikat kuda kamu? jawab sahabat, hamba redha apa yang akan terjadi wahai AMIRUL MUKMININ..
jawab BAGINDA pula..salah caramu itu..pergi tambat kuda itu dahulu. TAMMAT.

Dari cerita JUNJUNGAN kita ini jelas lah yg kita perlu berusaha dahulu barulah tawakal dan redha...

Waallahualam...

maafkan aku Ya RAHMAN Ya RAHIM jika apa yang aku cuba sampaikan ini tidak benar dan salah di sisiMU..

AMIN...
AMIN...
AMIN...
YA ALLAH s.w.t

SOLAT SUNAT RAWATIB

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



Solat sunat Rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu.
Semuanya ada 22 raka'at.

- 2 Raka'at sebelum solat subuh. (selepas solat subuh tak ada sunat ba'diyyah)
- 2 Raka'at sebelum solat zohor dan 2 raka'at atau 4 raka'at sesudah solat zohor.
- 2 Raka'at atau 4 raka'at sebelum solat asar.(selepas solat asar tak ada sunat ba'diyyah)
- 2 Raka'at sesudah solat maghrib.
- 2 Raka'at sebelum solat isyak dan 2 raka'at sesudah solat isyak.

Solat-solat yang di kerjakan sebelum solat fardhu dinamakan Qabliyyah dan yang di kerjakan sesudah solat fardhu dinamakan Ba'diyyah.

*Niat solat mengikut waktu solat tersebut.
*Tidak dengan azan dan iqomat.
*Dikerjakan bukan berjemaah.
*Bacaan tidak dinyaringkan.
- Jika lebih dari 2 Raka'at, tiap² 2 raka'at satu salam.
- Di utamakan sebaiknya beralih dari tempat solat fardhu yang baru selesai ( Ba'diyyah)

Sabtu, 09 Juni 2012

XPDC seterusnya bakal beraksi.

Assalamualikum muslimin dan muslimat..

Putra sekali lagi ingin tawan bukit broga semenyih, kali ini putra family yang anjurkan, kepada yang berminat sertai putra, boleh la daftar diri anda di email putra, kenderaan sendiri (motor,kereta,van dll) kepada yang tiada kenderaan boleh la bawa berbincang, tumpang kenderaan yang ada tmpt kosong.
Lelaki, wanita atau dualband juga boleh sertai.
Tujuan XPDC ini di adakan semata² ingin merapatkan tali silaturrahim sesama kita, tiada berkenaan dengan mana² parti politik dan anda juga di larang membawa mana² anasir politik.
Putra telah keluarkan borang untuk 7 org wakil bagi mempelawa semua sahabat² yang ada, termasuk warga indonesia, sebab itu di dalam borang putra ada pahatkan syarat dilarang bertengkar, kerana tidak semua kenal antara satu sama lain.

Masa: 0330am.
Tarikh: 1/07/2012
Hari: AHAD (a.k.a 30/6/2012 malam minggu)

Kepada yang ingin mendapatkan T-shirt "PUTRA FAMILY TAWAN BROGA" dan sarapan selepas pendakian perlu membayar RM15.00, 2 minggu sebelum tarikh pendakian bagi memudahkan tempahan di buat.
(bg yg berminat, info penuh akan di beritahu melalui email/fb atau sms)

Pakat mai ramai² sertai XPDC sebelum bulan ramadhan

SOLAT SUNAT

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



Solat sunat ialah solat nawafil, iaitu solat² di luar solat yang di wajibkan (fardhu).
Solat ini dikerjakan oleh NABI MUHAMMAD s.a.w untuk mendekatkan diri kepada ALLAH s.w.t dan untuk mengharapkan tambahan pahala. Solat sunat ada bermacam² jenis, di antaranya ada yang di sunatkan berjemaah dan ada pula yang tidak di sunatkan berjemaah.

SOLAT SUNAT TIDAK BERJEMAAH

1. Solat sunat rawatib.
2. Solat sunat wudhu.
3. Solat sunat istikharah.
4. Solat sunat dhuha.
5. Solat Tahiyatul masjid.
6. Solat tahajud.
7. Solat hajat.
8. Solat awwabin.
9. Solat tasbih.
10. Solat taubat.

SOLAT SUNAT BERJEMAAH

1. Solat terawih.
2. Solat witir.
3. Solat aidil fitri.
4. Solat aidil adha.
5. Solat gerhana bulan.
6. Solat gerhana matahari.
7. Solat istisqa. (meminta hujan)


Lebih kurang macam tu la jenis² solat sunat, pesan putra kepada pelawat serambi usang ini, jika ada yang was² sila tinggalkan sahaja, kerana sekarang ada pelbagai aliran dan terjemahan..ada yang mengatakan solat terawih bida'ah la...ada yang mengatakan tidak la..jadi anda fikir la sendiri..kerana kalam ALLAH s.w.t yg di turunkan terakhir itu sesuai untuk seluruh zaman...yang di pimpin oleh junjungan kita NABI MUHAMMAD s.a.w...putra bangga mengatakan
yang "TERBAEK" ! ! !

Hasbi rabbi jallallah Ma fi qalbi ghayrullah, My Lord is enough for me, Glory be to ALLAH s.w.t, There is nothing in my heart except ALLAH s.w.t, Cukuplah ALLAH s.w.t bagiku, ALLAH s.w.t MAHA AGUNG, Tiada yang lain di dalam hatiku melainkan ALLAH s.w.t..

Hasbi rabbi jallallah...
 Cukuplah ALLAH s.w.t bagiku, ALLAH s.w.t MAHA AGUNG,

Ma fi qalbi ghayrullah...
Tiada di dalam hatiku melainkan ALLAH s.w.t,

Nur MUHAMMADinn sallallah...
Cahaya NABI MUHAMMAD s.a.w selamat atasNYA,

HAQqula ila ha illah...
Benarlah tiada tuhan selain ALLAH s.w.t.


Amalkanlah zikir ini..mudah²an tenang, mudah segala urusan duniawimu dan juga akhiratmu..

Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t




LINK U TUBE Akhil Hayy..