Walau bagaimana pun, semua tergantung pada ketentuan ALLAH s.w.t, namun kadang² untuk orang² tertentu, ALLAH s.w.t terlebih dahulu memberi isyarat bahawa akan berlaku sesuatu, cuma kadang² kita tidak dapat memahaminya atau ALLAH s.w.t sengaja menyukarkan kita untuk memahaminya takut² kita yang lemah iman ini akan mendahului takdir.
Orang yg berakhlak dengan ALLAH s.w.t apabila ia mendapat isyarat² tertentu daripada ALLAH s.w.t, ia akan merahsiakannya kerana di takuti mendahului takdir atau untuk mengelak akan rosak hatinya atau hati orang yang lemah iman terhadapnya.
Bagi kita orang beriman, apa yang penting ialah pergantungan dan keyakinan kepada ALLAH s.w.t, bahawa setiap apa yang berlaku akan berlaku atau yang telah berlaku semuanya tertakluk kepada penentuan (takdir) daripada ALLAH s.w.t yang maha berkuasa (Qudrat) dan maha menghendaki (Iradah) dalam hal ini ilmu tentang persoalan aqidah dan tauhid amat penting sebagai panduan bagi mengelak dari tersesat dalam rimba syirik.Kerana punca syirik atau sesat aqidah seseorang itu bukan tergantung kepada perkara atau benda yang menjadi subjek tetapi lebih khusus kepada sejauh mana penguasaanya terhadap ilmu tauhid yang menjadi pemandu pertama bagi menilai dan memahami sesuatu perkara keadaan hal ehwal yang telah atau akan berlaku.
Bagi yang dadanya telah lengkap dengan ilmu berkaitan dengan selok belok ilmu tauhid ia akan terselamat dari anggapan sesuatu yang tidak munasabah terhadap ALLAH s.w.t, bahkan setiap apa yang dihadapai, dialami,dilihat dan sebagainya, semuanya tidak terlepas dari penggantungan kepada ALLAH s.w.t. Ia tidak mudah mensyirikkan ALLAH s.w.t, hatta jika ia memakai tangkal azimat pun ia pasti kaitkan kesan dan akibatnya kepada kuasa dan ketentuan ALLAH s.w.t, seperti mana kisah panglima Khalid Ibnu Walid yang menjadikan rambut NABI MUHAMMAD s.a.w, sebagai sumber semangat juangnya dalam peperangan.
Setiap apa yang terjadi akan terjadi dan yang telah terjadi kita hendaklah meletakkan keyakinan seperti mana yang ALLAH s.w.t sendiri telah jelaskan di dalam AL-QURAN surah 39, AL-ZUMAR 62-63: "ALLAH s.w.t akan menyelamatkan orang yang bertakwa (yg menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dan (diberikan) kepada mereka kemenangan besar (keredaan ALLAH s.w.t) mereka tidak akan di sentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita. ALLAH-lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan DIA lah yang mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. DIA sahajalah yang menguasai urusan (mentadbir) dan (memiliki) perbendaharaan langit dan bumi.
Tegas ALLAH s.w.t lagi dalam surah 37 AL-SAFFAT: 96 "......ALLAH s.w.t yang menciptakan kamu dan benda-benda (sesuatu) yang kamu buat (cipta) itu....
Firman ALLAH s.w.t seterusnya: " Dan tuhanmu menciptakan apa yang di rancangkan berlakunya (sesuatu hal atau sesuatu perkara) dan DIA-lah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-NYA untuk sesuatu tugas atau keutamaan da kemuliaan) tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain dari pilihan ALLAH s.w.t) maha suci ALLAH s.w.t dan maha tinggilah keadaaNYA apa yang mereka sekutukan denganNYA.Dan tuhanmu mengetahui apa yang terpendam (sembunyi) di dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan (surah 28, AL-QASAS: 68-69)
Firman ALLAH s.w.t seterusnya, tuhanmu tentukan apa yang dirancangkan berlakunya....(AL-QASAS 68)
jika ALLAH s.w.t kehendaki untuk mengenakan sesuatu yang membahayakan engkau, tiada siapa yang dapat menghapuskan (menghalanya) melainkan DIA, dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikkan maka tiada siapa yang dapat menghalangi limpah kurniaNYA. ALLAH-lah yang melimpahkan kurniaanNYA itu kepada sesiapa yg di kehendakiNYA dari kalangan hamba-hambaNYA dan DIA lah yang maha pengampun lagi maha mengasihani. Katakanlah (wahai MUHAMMAD) " Wahai sekalian manusia telah datang kepada kamu kebenaran (AL-QURAN) dari tuhan kamu, oleh itu sesiapa yang mendapat petunjuk, (beriman kepada AL-QURAN) maka faedah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkari AL-QURAN), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku (NABI MUHAMMAD s.a.w) pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau kekufuran) kamu" (YUNUS 107-108)
Namun begitu, mengikut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, walaupun segala sesuatu itu di tentukan dan di tetapkan oleh ALLAH s.w.t , tetapi dalam perlaksanaannya ALLAH s.w.t telah menetapkan penglibatan usaha dan ikhtiar manusia atau makhluk lain berkaitan denganya. Penetapan itu di sebut sebagai "Sunnatullah".
Contohnya, ALLAH s.w.t telah menentukan jodoh, tetapi manusia kena berusaha mencari dan merancangnya melalui peraturan dan ketetapan (hukum hakam perkahwinan) yang ALLAH s.w.t telah aturkan.Demikian dengan rezeki, kena usaha untuk mendapatkannya melalui usaha dan berkerja.
Kadang-kadang kita telah berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu tetapi tidak memperolehinya.Sebabnya perkara yang kita niat dan inginkan itu tidak ada di dalam ketentuan ALLAH s.w.t atau apa yang kita inginkan atau rancangkan tidak sama dengan apa yang telah ALLAH s.w.t tentukan dan rancangkan untuk kita. Sebab itu lain yang kita niat dan usahakan. Lain pula yang terjadi dan lain pula yang kita dapat. Contohnya kita berhajat dan berdoa untuk memperolehi anak perempuan tetapi bila isteri kita mengandung dan lahirkan anak lelaki. Kerana di dalam penentuan jantina anak ialah terletak pada ALLAH s.w.t bukan pada kita.
Firman ALLAH s.w.t: "ALLAH s.w.t mengetahui apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu (sama ada lelaki atau perempuan) dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah di tetapkan di sisiNYA dengan kadar yang tertentu. DIA lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, DIA lah jua yang maha besar dan maha tinggi (yg mengatasi segala-galanya) sama sahaja bagiNYA siapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati atau yang menyatakan (menzahirkan) juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang (Surah 13, AL-RA'DU: 8-10)
Demikianlah secara ringkas, apa yang wajib kita ketahui tentang kehendak (Qudra & Iradah) ALLAH s.w.t ke atas setiap makhluk yang ada di atas muka bumi ini, khususnya ke atas kita selaku khalifah ALLAH s.w.t yang ALLAH s.w.t berikan akal untuk merenung, menimbang, merancang, membina dan mentadbir urusan kehidupan kita dan segala yang di amanahkan kepada kita oleh ALLAH s.w.t
Semoga dengan panjang lebar putra taip nie dapat memberikan sedikit pencerahan pada pelawat serambi usang ini...dan jika ada kesempatan putra akan postkan alamat atau isyarat telinga berdesing (spt angin melintas)
Amin...
Amin...
Amin...
Ya ALLAH s.w.t