Minggu, 15 Mei 2011
Kelebihan sujud di dalam solat.
Salah satu penemuan yang menakjubkan berkaitan dengan solat adalah ketika melakukan sujud. Seorang doktor neurologi dari amerika syarikat telah melakukan kajiannya tentang urat saraf (neurologi) telah menemui keajaiban yang tidak masuk akal fikiran.
Dalam kajian tersebut beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika sujud semasa mengerjakan solat.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu. Ini bermaksud darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar solat waktu yang di wajibkan oleh islam.
Siapa yang tidak menunaikan solat, otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Walau pun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Beliau amat kagum dengan penemuan tersebut, lantaran itu telah memeluk agama islam, beliau amat yakin akan perubatan secara islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan " PERUBATAN MELALUI AL-QURAN". Kajian perubatan melalui AL-QURAN membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang ada di dalam AL-QURAN. Di antara kaedah² yang di gunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya...
Antara hikmah sujud boleh melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asal.
Bernafas ketika sujud pula boleh :
*Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asal.
*Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
*Melegakan sakit hernia.(burut)
*Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
*Melegakan paru² daripada ketegangan.
*Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
*Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
*Meringankan bahagian pelvis.
*Memberi dorongan supaya mudah tidur.
*Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun dari sujud.
*Pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
*Bagi wanita, pergerakkan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan baby dan terhindar daripada sakit buah dada.
*Mengurangkan kegemukan.
*Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut. (convulsions)
*Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
*Mengelakkan pendarahan otak jika tiba² menerima pegepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
*Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang maha ESA, sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dll..
Rujukan: Di petik dari arab news, 7 Januari (atau Februari) 1987.
Mudah²an pembaca di beri pencerahan olehNYA...amin Ya ALLAH s.w.t....