Pages

" ASSALAMUALAIKUM W.B.T "
SEMOGA SAUDARA / SAUDARI DI BERKATI OLEHNYA

Senin, 31 Januari 2011

Doa Iftitah dalam bacaan rumi.

ALLAHU AKBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. WAJJAHTU WAJHIA LILLAZI FATARAS SAMA-WATI WAL-ARDHA HANIFAM-MUSLIMAW-WAMA ANA MINAL-MUSYRIKIN. INNA SALATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHI RABBIL-'ALAMIN. LA SYARIKALAHU WABIZA-LIKA UMIRTU WA ANA MINAL MUSLIMIN.

ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada ALLAH dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan ALLAH. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada ALLAH seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-NYA. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

Sabtu, 29 Januari 2011

Doa selepas azan dalam bacaan rumi.

update 24/4/2020 12:44am au
Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
Click link bawah ni.



ALLAHUMMA RABBA HAZIHID DA'WATIT-TAMMAH. WASSALATIL QA-IMAH. A-TI SAIYIDANA MUHAMMADANIL WASILATA WAL-FADHILAH. WAS-SYARAFA WADDARAJATAL-'ALIATAR RAFI'AH. WAB'ATH-HUL MAQAMAL MAHMUDAL LAZI WA'AD-TAHU INNAKA LATUKHLIFUL-MI'AD. RABBIGHFIRLI WALIWALIDAIYA 3X. WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SAGHIRA. WASALLALLAHU 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIW WA-A-LIHI WASAHBIHI WASALLAM. 

Wahai tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna ini, dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi kepada junjungan kami NABI MUHAMMAD dan kehormatan dan pangkat yang menjulang tinggi. Dan bangkitkanlah untuknya kedudukan yang terpuji yang ENGKAU janjikan, sesungguhnya ENGKAU tidak mungkir janji. Wahai tuhan ampunilah aku dan ibu bapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana keduanya telah memelihara aku sewaktu kecil. Dan selamat serta sejahtera atas junjungan kami NABI MUHAMMAD dan keluarganya dan sahabat²nya.

Rabu, 26 Januari 2011

Bacaan iqamat dalam bacaan rumi.

  1. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
  2. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
  3. ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
  4. HAIYA 'ALAS-SALAH.
  5. HAIYA 'ALAL-FALAH.
  6. QADQAMATIS-SALAH, QADQAMATIS SALAH.
  7. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
  8. LA-ILAHA ILLALLAH.
  1.  ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
  2. Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH.
  3. Aku menyaksikan bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.
  4. Marilah sembahyang.
  5. Marilah kepada kemenangan.
  6. Sembahyang yang telah didirikan.
  7. ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
  8. Tiada tuhan melaikan ALLAH

Selasa, 25 Januari 2011

Bacaan azan dalam bacaan rumi.

    1. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
    2. ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH.
    3. ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH, ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.
    4. HAIYA 'ALAL-SALAH, HAIYA 'ALAL-SALAH.
    5. HAIYA 'ALAL-FALAH, HAIYA 'ALAL-FALAH.
    6. ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR.
    7. LA-ILAHA ILLALLAH....
    1.  ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
    2. Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH.
    3. Aku menyaksikan bahawa NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.
    4. Marilah sembahyang.
    5. Marilah kepada kemenangan.
    6. ALLAH maha besar, ALLAH maha besar.
    7. Tiada tuhan melainkan ALLAH.   

    Senin, 24 Januari 2011

    Bacaan² solat dalam bacaan rumi

    update 24/4/2020 12:44am au
    Mohon jasa baik viewer subscribe youtube channel saya, kepada yang dah subscribe saya ucapkan terima kasih.
    Click link bawah ni.




    Putra nak kongsi sedikit bacaan solat dalam bahasa rumi, kerna ada yang malu hendak bertanya atau ada yang tidak tahu baca jawi, selepas anda hafal ayat tersebut, hendaklah anda bertanya pada yang arif sama ada bacaan anda tepat atau tidak..sekurang²nya dapat juga membantu pada yang ingin berubah..yang ingin ambil tahu…ilmu DIA itu maha luas kan? Kepada ahli ibadah, jangan takut untuk mencari apa yang anda inginkan, pasti DIA akan membantu anda jika anda ikhlas mencari sesuatu ilmu….yakinlah DIA maha pengasih, maha penyayang, maha kuasa atas segala sesuatu…di sini putra sertakan beberapa tajuk..

    • Bacaan Azan.
    • Bacaan Iqamat.
    • Doa selepas azan.
    • Doa Iftitah.
    • Bacaan dalam ru'kuk.
    • Bacaan iktidal.
    • Bacaan dalam sujud.
    • Bacaan duduk antara dua sujud.
    • Bacaan tahiyat awal.
    • Bacaan tahiyat akhir.
    • Bacaan doa qunut.
    • Wirid selepas solat.
    • Doa selepas solat.

    Mudah²an anda dapat sedikit ilmu dari apa yang putra catatkan dan panjangkanlah pada yang lain..Moga DIA memberi ilham pada anda....

    Kamis, 20 Januari 2011

    Mukjizat di sebalik BISMILLAH

    BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

    KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

    1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada   Jibrail..

    2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

    3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

    4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

    5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

    6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
    dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

    7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

    8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

    9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

    10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

    11.  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

    Lafaz niat solat dalam bacaan rumi.

    Solat zohor

    Usalli fardhaz dzuhri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu dzuhur empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

    Solat Asar

    Usalli fardhal 'asri arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'asar empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

    Solat Maghrib 


    Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

    Solat Isyak

    Usalli fardhal 'isya-i arba'a raka'atin ada-an lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.


    Solat Subuh 


    Usalli fardhas subhi rak'ataini ada-an lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu subuh dua raka'at tunai kerana ALLAH ta'ala.

    Solat Juma'at

    Usalli fardhal jumu'ati rak'ataini ada-an makmuman lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang fardhu juma'at dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.


    Solat Hari Raya Aidilfitri


    Usalli sunnatan li 'idil-fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya fitrah dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala. 


    Solat Hari Raya Korban

    Usalli sunnatan li 'idil adh-ha rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.
    ertinya : Sengaja aku sembahyang sunat hari raya kurban dua raka'at tunai menjadi makmum kerana ALLAH ta'ala.

    b.2 Teknik atau cara²

    Putra kongsi sedikit..

    Lepas solat tu..sedekah la Al-Fatihah kat junjungan kita NABI yang agung NABI MUHAMMAD S.A.W 1x (x5waktu dah 5x kita sedekah..dapat syafaat nie..) pastu untuk ibu bapa, guru² ,muslimin dan muslimat yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia…

    Pastu puji la sikit tanpa niat lain melainkan ikhlas memujiNYA

          ILLAHI YA RAB’BI SUBHAANALLAH….(ya ALLAH ya TUHANku maha suci ALLAH)
    1. SUBHANALLAH 33x (maha suci ALLAH)

    SUBHAANALLAHIL ‘ALIYYIL ‘ADHIIMI WABIHAMDIHI DAA IMAN QAA IMAN ABADA..ALHAMDULILLAH…(maha suci ALLAH yang maha besar dengan segala kepujianNYA yang kekal selamanya, segala puji bagi ALLAH)
    1. ALHAMDU LILLAH 33X (segala puji bagi ALLAH)

    ALHAMDULILLAAHI RABBIL ‘AALAMIINA ‘ALAA KULLI HAALIN WA FII KULLI HAALIN WA’NI MATIN ALLAHU AKHBAR (segala puji itu bagi ALLAH, tuhan semesta alam, pada setiap waktu, setiap masa dan atas segala nikmatNYA, ALLAH maha besar)
    1. ALLAHU AKHBAR 33x (ALLAH maha besar)

    Disambung dengan ALLAHU AKHBARU KABIRAW-WALHAMDU LILLAHI KATHIRAW-WASUBHANALLAHI BUKRATAW-WA-ASILA. LA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHULMULKU WALAHUL HAMDU, YUHYI WAYUMI-TU WAHUA ‘ALA KULLI SYA-ING QADIR, LAA HAULAWALA QUWATA ILLA BILLA HILALIILADZIM ….

    ALLAH maha besar sebesar-besarnya. Dan pujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya. Dan maha suci ALLAH siang dan malam. Tidak ada tuhan, melaikan ALLAH sendiri. Tidak ada yang menyengutuiNYA. DIA yang empunya kerajaan dan DIA yang empunya pujian. DIA menghidupkan dan mematikan dan DIA berkuasa di atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melaikan dengan bantuan izinNYA.

    Moga anda diberi ilham dari padaNYA...

    Rabu, 19 Januari 2011

    Amalan yang perlu di tinggalkan

    Amalan yang ampuh lagi berkesan...

    Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
    Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
    Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
    Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
    Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
    Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
    Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
    Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
    Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
    Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
    - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
    - Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
    - Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
    Maka inilah balasannya.

    Amalkan la..boleh bertukar rupa...

    b.1 Teknik atau cara²

    Sedikit tips solat putra nak kongsi....

    1.  Pastikan pakaian solat tidak sama dengan pakaian g clubbing ke...g kenduri kawin ke..kena la special sikit..nak jumpa kesayangan kita kan?
    2. Mandi la dulu kalau boleh..kan lebih molek tu..
    3. Pakai la wangi²an sikit...tak kan g dating, g kenduri kawin g tempat² lain boleh wangi²...tapi nak hadap DIA tak boleh nak wangi² pulak..
    4. Maafkan yang telah lalu sebelum berjumpa dengan DIA....supaya DIA juga boleh maafkan kita..masakan DIA boleh maafkan kita, sedangkan kita tidak boleh maafkan orang lain..." SIAPA KITA? " sedar la sikit...
    5. Kalau solat sorg..qomat la dulu...lari la jugak hantu setan dari nyakat kita...
    6. Kalau berjemaah pastikan kita ikut imam..(selesai imam ru'kuk dengan sempurna baru kita ru'kuk, begitu juga sujud dan bacaan AL-FATIHAH..tak kan kita beserta baca dgn imam? itu bukan di panggil mengikut imam...
    7. Selalu lah perbaharui air wudhu kita.
    8. Lebihkan masa dengan DIA...tak kan main game/facebook/dating boleh lama² tapi bila dengan DIA nak curi masa sedikit pun kedekut...
    9. Pesan Puan Guru putra...busy²  kan diri dengan DIA..pasti DIA akan busy dengan kita.

    Sedikit-sebanyak yang putra mampu kongsikan...post komen jika ada yang ingin di tambah..

    Minggu, 16 Januari 2011

    b. Teknik atau cara²


    Cara putra solat la…

    Berdiri tegak mengadap kiblat, anggaplah anda berdiri di atas titian siratulmustaqim…(sehelai rambut di belah tujuh) pastikan anda tidak jatuh ke jurang yang hina itu…
    Di hadapan mu pula DIA.
    Di kanan mu pula Raqib.(malaikat pencatat amal kebaikkan)
    Di kiri mu pula Atid (malaikat pencatat amal keburukkan)
    fahamkanlah apa yang anda lafas kan..disertakan maksud bacaan di dalam hati…apa yang anda pohonkan padaNYA…Tawadhuk atau tunduklah dengan seikhlas hati moga di perkenankan apa yang anda minta itu…contoh yang kita selalu pohon :

    Al-fatihah :-

    1. Dengan menyebut nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihi.
    2. Segala puji bagi tuhan yang memerintah semesta alam.
    3. Yang maha pemurah lagi maha penyayang.
    4. Yang menguasai hari pembalasan.
    5. Hanya pada ENGKAUlah  kami sembah dan hanya pada ENGKAUlah kami memohon pertolongan.
    6. Tunjukkanlah kepada kami di jalan yang lurus.
    7. Iaitu jalan orang² yang ENGKAU ridhoi, bukan jalan orang² yang ENGKAU murkai dan bukan pula jalan orang² yang sesat.

    Cuba fahamkan sedikit² ayat dahulu baru teruskan dengan maksud² bacaan yang lain..putra pun masih banyak yang belum hafal maksudnya..sama²lah kita menghafal maksud² kitab suci kita..kalau tak faham macam mana nak hayati keindahan itu? contoh kalau anda cakap :- hi girl, I like u so much, I love u so much, I’m very² sorry girl what im doing to u before…macam mana riak wajah anda ketika itu? Mesti muka penuh minta maaf kan? Tapi kalau anda tak faham apa yang anda mencarut tu mesti muka macam blue hyppo je..selamba je ckp..mesti la perempuan tu bertambah marah kan? Riak wajah tak ada rasa bersalah langsung…ehheheh renung²kan dan selamat mengkaji…

    Teringin nak tambah atau apa yang putra tulis tak betul…komen je la k?

    Sabtu, 15 Januari 2011

    a. Teknik atau cara²

    Solat adalah tiang agama, tanpa solat macam mana anda hendak mengatakan yang anda tergolong dalam golongan orang² yang beragama? yang putra faham, solat adalah kewajipan bukan sunnah, kewajipan jika di tinggalkan akan mendapat hukuman, sunnah pula jika di tingalkan tidaklah mengapa..tetapi rugi la biarkan bonus tu begitu sahaja...ehehe
    Bermula dengan niat hendak mengambil air wudhu, NABI pun telah bersabda, aku akan kenal umat² ku di akhirat nanti dari cahaya air wudhu...sebab itu ada sesetengah golongan yang mengambil air wudhu berlebih²an..
    tetapi anda jangan lupa..yang wajib hanyalah satu kali setiap basuhan dengan syarat di sapu rata, dikerjakan sunat basuh tiga kali supaya rata keseluruhannya...cuba anda lihat bagaimana se²tengah golongan yang mengambil air wudhu di masjid,kadang² buka paip sampai habis hingga tika mengambil air wudhu terkena pada sahabat yang di sebelah..bukankah pembaziran itu amalan syaitan, kenapa hendak buka besar² sampai terpercik² ke sahabat yang di sebelah..emm..tapi jangan salahkan mereka kerna mereka munkin kekurangan ilmu dan belum di beri ilham pada mereka..pada yang sudah tahu dan sudah mendapat ilham, masih juga membazir dan tidak menggunakan ilmu yang anda ada..putra tak tahu la species apa mereka nie..heheh maybe dah nyayuk kot...tak pun banyak makan semut..hehehe..

    jika anda boleh menerangkan secara terperinci lagi sila tinggalkan komen anda..

    Jumat, 14 Januari 2011

    Teknik atau cara².

    Putra mulakan dengan lekatkan DIA di hati melalui zikir, kerna dengan zikir dapat menghilangkan titik² hitam yang ada di hati dan membuatkan kita kuat bersamaNYA...sebab putra nie hati bukan titik² hitam..dah kelam tiada rupa hati macam arang la.... dengan ini moga di beri ilham kepada anda yang ingin melaluinya... Zikir mempunyai 5 jenis :-

    1. Zikir lisan
    2. Zikir qolbi (hati)
    3. Zikir roh.
    4. Zikir nafas.
    5. Zikir rasa.

    Atau yang Tok Pulau Manis terangkan tentang maqam² :-

    1. Yang zikir dengan lisan tiada dengan qalbi.
    2. Yang zikir dengan qalbi tiada dengan lisan.
    3. Yang zikir dengan akal.
    4. Yang zikir dengan sir.
    5. Yang zikir dengan mazkur.


    Sifu putra menerangkan pada putra apa itu zikir dan bagaimana hendak mula..Katanya mula dengan zikir lisan sahaja tak perlu terburu² sabar dehh, Putra punya la panas..senang la sifu cakap..sifu tingkatan mana dah...merungut, merungut gaks...tapi putra cuba la dengan zikir lisan...putra tanya zikir mana nak mula? ALLAH?, ALLAH HU?, HU ALLAH? sekali sifu putra kata..iyaa...terpulang aja apa mau mula..waduh..kok bertambah penin putra...dah makan masa berminggu baru la putra cuba satu zikir...Iaitu Astaufirullah al adzim...sebab putra terlalu banyak dosa..minta maaf aja laa...tapi tak tahan lama putra berzikir Astaufirullah al adzim terlintas pula sebab asik minta maaf je..bila pulak putra nak puji..emm..putra contact sifu putra lagi..macam mana nie sifu..asik minta maaf je..nk puji jugak...emm..munkin dengan senyuman sifu menyatakan iaaaa boleh aja...kamu zikir aja LAAILAAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAL DZOLIMIN (tasbih nabi yunus)..macam tu ok la sifu...pastu putra cari maksudnya...tercengang la putra bila tau maksudnya..puji dan mohon ampun kerna telah menzalimi diri sendiri...putra pun mula la zikir lisan dengan zikir ni..zikir tak kira waktu hinggalah sampai tidak sedar pun zikir ini masih bermain di hati, munkin ini dikatakan zikir qalbi kot..kadang² bangun tido zikir itu masih bermain di hati sampai terlintas..eh putra tak tido ke nie..putra nak cerita lebih² pun tak reti..kalian aja mulakan..ehhehe..iyaa..kok kita sama aja sehh..
    nikmat dan ketenangan yang di lalui tidak dapat di gambarkan dengan kata²...mulakan aja..pasti DIA memberi ilham pada kita,percaya aja loor...DIA maha kuasa lakukan apa² aja yang DIA inginkan....

    Kalau ada yang sudah melalui atau ada yang ingin di tambah sila tinggalkan komen anda ok? kita berkongsi kenikmatan bertuhan....

    Jalan atau highway

    Jalan putra, syariat, tarikat, hakikat & makrifat...pada orang lain putra tak tahu la..putra belajar dari sifu², ceramah², kitab² dan laluan hidup...putra cuba terangkan jalan² tersebut moga dapat sedikit ilmu dari penerangan putra.
    Syariat yang putra faham adalah peraturan, sama juga amar makruf nahi mungkar, buat segala yang di suruh, tegah segala apa yang di larang..cnth : peraturan nk memandu perlu ada lesen.
    Tarikat cara atau jalan melakukan peraturan tersebut atau juga amalan² yang di lakukan amalan² tertentu.cnth: buat lesen memandu.
    Hakikat pula apabila telah laksanakan, itu di panggil hakikat atau pun kenyataan. cnth: sudah boleh memandu kerna mempunyai lesen.
    Makrifat bermaksud sudah mengerti, sudah kenal, sudah faham. secara halusnya sudah kenal siapa DIA, kekuasaanNYA, kekuatanNYA segala²nya DIA, hapuslah kita ketika itu hanya yang kekal abadi yang tinggal hanya yang SATU.

    lebih kurang begitulah apa yang boleh putra terangkan, ingin lebih lanjut tanya pada yang ahli, sebab putra tidak berapa pandai hendak menerangkan terperinci, hanya mampu berkongsi sedikit sahaja yang putra tahu..

    sila komen jika ada yang boleh terangkan lebih lanjut..

    Kamis, 13 Januari 2011

    5. Tidak ambil kisah.

    Emm...yang tak ambil kisah nie sama la juga macam ikut²an...tapi sebab bercampur dengan kemodenan mereka lagi advance..sebab dah bercampur dengan adat² kuno dan moden..contohnya perkahwinan : sekarang siap ada joget² lagi...kengkadang siap ada live band lagi..ada yang datang macam nak gi office..ada yang macam nak gi disco...ada yang lagi dahshat..time kenduri kawin nie la nak tayang baju baru la...nak tayang blaus la..ada yang mengalahkan pengantin pulak...nak melaram tak tentu pasal..yang penting adat: sebab berkunjung + tak kisah la pakai pakaian moden pun...joget², nyanyi² sikit pun ok laa...tak pernah terlintas nak menegur ke..nak perli ke....emm..niat sebenarnya entah kemana entah..
    bukan ke sebenarnya kita pergi kenduri atas sebab hendak menolong,hendak kenal bakal pengantin dan mendoakan pasangan terbabit? apa sudah jadi dengan mereka nie?

    4. Ikut² an (follow like buffalo)

    Yang jenis species ini pula, ikut saja rentak azali dari lahir...contohnya : yang kecil harus cium tangan yang tua, alaa...dari nenek moyang dulu lagi dah buat macam nie...kononnya adat la tuu...kalau yang kecil tak cium tangan katanya tak hormat...anak sapa la nie yang kurang didikan nie..isshhhh...putra pun tak faham yang mana kurang didikan anak tu ke? yang si tua tu? dalam islam tak ada pula kata cium tangan melainkan ibu dan bapa kita..emmm..ramai yang bergantung pada ikut²an nenek moyang..yang paling best nya..pepatah yang dah memang patah : " BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT " tak ke pelik je bunyinya? sanggup biar anak mati sebab tak nak mati adat..adush..dunia..dunia..kalau dah mati anak tu sapa pula yang nak teruskan adat kuno tu? adat tu kebanyakkannya di buat oleh nenek moyang yang masih kurang didikkan..jangan salahkan putra pula..kang cakap putra dah lupa daratan...ini adalah kenyataan..dulu nenek moyang kita tak banyak didikan agama dan macam² lagi...kalau tak percaya cuba kaji salah silah nenek moyang kita dari dulu lagi..agama susah hendak cari kena pergi berguru jauh², nenek pula susah nak pergi mana² melainkan dengan datuk, zaman dahulu terlalu berbeza dengan sekarang yang terlalu mudah untuk mencari apa² sahaja dengan usaha yang gigih...siasat dulu sebelum salahkan putra ok? kalau putra salah sila tinggalkan komen anda ok?

    Sabtu, 08 Januari 2011

    3. Sedar tetapi ego

    Jenis ini tidak kurang juga hebatnya, kadang² mereka ini ilmu agama tahap PHD, Qatam AL-QURAN berkali² tetapi kerna ke-egoan yang lagi tinggi dari PHD menyebabkan mereka sesat..Munkin kerna pangkat,nama atau ingin menjaga air muka, kononnya tak ada standard, padahal beragama la paling standard harap PHD je..tapi ngok tak tentu pasal. Mereka nie kalau berdebat bab agama memang tak pernah kalah, untuk pengetahuan semua...kalau bodoh pasal agama tu lagi selamat di akhirat dari yang pandai tapi tak laksanakan tanggung jawab atau tak laksanakan apa yang telah di pelajari..bukan ke sia² je PHD yang ada tu? hanya dapat pakai di dunia tapi tidak di akhirat sedangkan apa yang kita lakukan di dunia semuanya di kira di akhirat..di sini putra sertakan contoh..

    Contoh : seorang alim : Ilmu agama tahap PHD, solat tak pernah tinggal, puasa siap dengan puasa sunat lagi,tapi main nombor ekor pulak..contoh yang mana yang kita nak ikut? boleh terima pakai ke apa yang dier sampaikan dalam ceramah atau mengajak orang lain ke masjid?
    bila kita nak tegur pasal main nombor ekor dier ada dalil sendiri, maybe : alaa..kan NABI ada cakap sampaikan lah walau pun satu ayat sungguh pun engkau masih tidak mampu laksanakannya,tak ke terror dier menjawab? dier tak kaji ke pasal halal haram pulak? emm...nie la species yang ego atas kepentingan diri saja..guna ayat suci untuk kepentingan..golongan sesat la nie..

    Jumat, 07 Januari 2011

    2. Rasa ia benar

    Jenis yang ni pula lagi hebat...mereka rasa mereka ni tuhan..dengan dalil² mereka sendiri..ada yang tak percaya hadis ada yang mereka kata kita ni sama macam hantu..kalau nampak hantu, tu la kita sebenarnya..
    ini kes belajar tak ada guru atau ikut tarikat entah dari mana asal usul entah...tak pun yg lebih top ilmu mengenal diri la konon..sampai ngaku jadi tuhan..
    Macam mereka ini susah sikit nak terangkan sebab mereka percaya dengan apa yang mereka faham dengan otak mereka je..terjemahan AL-QURAN pun mereka fahamkan sendiri dengan akal fikiran yang cetek..

    contoh bagi yang sesat mesti pegang ayat ini
    a. Bukan tangan mereka yang baling tetapi AKU yang baling
    b.Bukan mereka yg jadikan, AKU yang jadikan

    contoh ini mereka terjemahkan ayat AL-QURAN ikut kepala otak mereka je..
    sedar lah wahai insan, sebelum terlambat........

    1. Tidak tahu tujuan

    Yang tak tahu tujuan ni main redah je..tak pun katanya dah takdir....
    jenis mereka ni hidup untuk makan,minum,kerja,enjoy tanpa arah tujuan, bab kawin pula bila dah jodoh kawin la..sebab tu mereka pasang spare part banyak², itu lah apa yang mereka tahu, hidup seperti tiada tuhan " TETAPI " bila ada masalah tau pulak die mengadu...adush..kenapa lah hidup aku macam ni, susah..kenapa lah itu...kenapa lah ini...macam² kenapa dan macam² sebab apa..time macam tu tau pula sebut nama tuhan, time senang, time naik pangkat, time happy semuanya tak ingat pada yang memberi, atau pun mereka kata itu dari bos, bos yg bagi gaji tggi, awek aku yang bagi aku happy...dan mcm² lagi..
    mereka ini jenis golongan sesat la..

    Tujuan Kehidupan

    Bismillahirahmanirohim...
    Assalamualaikum,
    Pada pendapat putra, bagi umat islam tidak telalu banyak tujuan kita di dunia ini melainkan sujud kepadaNYA buat apa yang di suruh dan tegah apa yang di larang atau " AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR" pada yang halus pula akan melalui beberapa jalan, contohnya syariat, tarikat,hakikat dan makrifat. Pada putra hanya yang menghalusi jalan² tersebut akan merasakan kenikmatan dunia dan akhirat,sukar hendak di gambarkan atau di sampaikan pada semua kerna yang melalui jalan² tersebut sahaja akan mengalaminya...
    Jgn rasa merendah diri, putra pun manusia biasa seperti anda juga, putra bukan ustaz, bukan kiai, bukan alim ulama atau apa² nama sahaja.Putra hanya ingin berkongsi apa tujuan hidup putra yang baru, putra yang selama ini berada di dalam kesesatan yang amat nyata telah diberi ilham untuk menuju kehidupan yang abadi.
    Segala sumber putra dapat dari sifu², buku², ceramah², dan dalam kehidupan yang putra lalui, setahu putra ramai makhluk di luar sana yang sesat entah ke mana arah tuju.
    Putra ingin berkongsi apa yang putra nampak dan lalui, adakah anda tergolong dalam golongan tersebut? di sini putra sertakan beberapa contoh : -
    1. Ada yang tak tahu tujuan hidup.
    2. Ada yang terasa ia berada di jalan kebenaran.
    3. Ada yang tahu ia sesat tetapi kerana ke-egoan menguasai diri ia tidak sanggup menuju kebenaran.
    4. Ada yang hidup sebagai ikut²tan sahaja.
    5. Ada yang tidak kisah pasal kehidupan.